TAHUN BARU, AZAM BARU?

Salam buat sahabat-sahabat semua...

Tidak lama lagi tahun 2009 akan meninggalkan kita. Dan tahun 2010 akan menjelma. Kita mungkin akan terkenangkan kejayaan untuk tahun 2009. Apakah azam kita pada tahun 2009 sudah tercapai?


Saya percaya ramai di kalangan kita khususnya para blogger berbicara tentang azam baru. Saya pun ada azam tersendiri. Hik...
Berazam samalah dengan mempunyai matlamat atau objektif. Contoh yang paling senang untuk saya katakan ialah 'pengurusan wang'. Apakah matlamat yang ingin kita capai? Secara tidak langsung di dalam fikiran kita bermacam-macam persosalan yang timbul. Nak beli kerata tunggu 4 bulan lagi, nak kawin tunggu 9 bulan lagi ataupun nak lanjutkan pelajaran. Jadi bila kita dah fikirkan matlamat tersebut, serta mengambil sedikit masa untuk merialisasikannya, Apakah tindakan kita? Disini timbul lagi satu persoalan kita. Apakah kita mampu melaksanakannya? dan siapa pula yang bisa membantu untuk merialisasikan azam kita? Terpulang kepada kita sendiri untuk memikirkannya.

Saya percaya ramai juga di kalangan kita telah berjaya mengecapi azam yang lepas. Dan untuk mengulangi kejayaan tersebut kita seharusnya mempertingkatkan usaha bagi mengecapi azam akan datang.

Disini juga saya ingin sentuhkan sedikit tentang sikap kebanyakan kita iaitu suka menangguh, tidak kira apa masalahnya. Yang kita dengar cuma alasan demi alasan dan bukannya mengambil tindakan untuk menyelesaikannya.

Dan untuk memendekkan memendekkan cerita tepuk dada,tanya selera Semoga sahabat-sahabat semua terus berjaya untuk merialisasikan azam serta matlamat kehidupan seharian kita. Dan kalau tidak keberatan, bolehkah anda semua coretkan apakah azam tahun baru anda untuk tatapan kita semua.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010 KEPADA ANDA SEMUA
Read More | comments (14)

KALAU CINTA BILANG CINTA

Berapa peratuskah cinta anda dengan pasangan anda?
Cinta mempunyai banyak maksud di kalangan kita. Contohnya cinta kepada Tuhan,cinta kepada perkara yang kita suka dan banyak lagi maksud yang boleh dimaksudkan oleh seseorang individu itu sendiri. Ok, kali ini saya nak kongsikan cinta sesama kita. Cinta merupakan perasaan yang begitu istimewa terhadap diri seseorang. Ia juga satu perkara yang paling indah dalam hidup seseorang. Dan uniknya untuk meluahkan cinta kita kepada seseorang amat susah kerana adanya sifat malu-malu kucing. Dan cinta tidak bisa dipaksa. Kerana ia lahir dari hati yang ikhlas dan tulus untuk mencintai seseorang. Secara amnya, perasaan cinta amat sukar untuk kita gambarkan lebih mendalam.Ini kerana cinta bisa mengubah segala-galanya.
Jika bunga ada madunya, cinta pula adaada madu dan racun. Bahayakan. Kehidupan ini boleh diibaratkan sebagai bunga, dan cinta adalah madunya. Tetapi AWAS cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun. Dan cinta tidak selalu bersama jodoh.Begitu hebatkan.Seringkali kita dengar apabila seseorang itu bercinta, ia selalu tewas dalam perjuangannya. Memang diakui sejak dulu lagi, cinta memerlukan pengorbanan. Tetapi adakah dengan menyerahkan madu kepada kumbang boleh dikatakan satu pengorbanan!!! Bak kata pepatah melayu, habis madu sepah dibuang. Bibit-bibit cinta yang dulunya indah lenyap begitu sahaja. Semuanya musnah dengan rayuan dan pujukan. Adakah ini dinamakan cinta.
Tetapi tidak semua boleh kita katakan begitu. Kepada pasangan yang hangat bercinta, kita seharusnya tahu cinta itu untuk apa, dan apakah tujuannya cinta. Saya percaya anda pun pernah melalui alam percintaan.Jadi jangan takut untuk meluahkan rasa cinta. Jadi apa tunggu lagi"KALAU CINTA BILANG CINTA"
Read More | comments (12)

Pelbagai info

Tip Komputer

Computer Tip

Sponsor By

Followers

Geocounter

Stat


Promote Blog

 
Copyright © 2011. PENGUMPUL BLOG . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website