Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

Pengumpul blog mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 kepada rakan-rakan blogger.



Laman utama Google menunjukkan coretan terakhir Google untuk tahun 2011 dengan penuh warna warni.

Semoga Tahun 2012 bakal membawa kejayaan kepada anda semua.

Read More | comments

Sara 1Malaysia dilancar bulan depan

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Skim Amanah Rakyat (Sara 1Malaysia) dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada minggu kedua bulan depan, demikian menurut sumber di sini hari ini.
Sara 1Malaysia merupakan satu program khas yang ditawarkan kepada 100,000 isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Bhd. (PNB).
Difahamkan skim itu hampir menyamai ASB Sejahtera dan Amanah Saham Wawasan 2020 yang diperuntukan kepada Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Tetapi, difahamkan Sara 1Malaysia adalah skim terbaik yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan.
Lebih menariknya, penyertaan pemilikan skim itu juga terbuka kepada semua kaum.
Oleh sebab, Sara 1Malaysia adalah skim bantuan, PNB akan melaksanakan pemilihan yang ketat bagi memastikan hanya pelabur yang layak sahaja dipilih
Berikutan itu, PNB difahamkan bakal mengemukakan syarat-syarat tertentu kepada para pemohon.
Syarat-syarat itu perlu dilaksanakan bagi memastikan objektif Sara 1Malaysia untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dan pada masa sama memastikan golongan terbabit tidak dikecualikan peluang untuk melabur tercapai.
Difahamkan pelabur yang layak akan ditawarkan pinjaman pada jumlah tertentu oleh bank-bank yang menjadi ejen PNB, selain Bank Simpanan Nasional.
Bagaimanapun, para pelabur ini dipercayai hanya akan dikenakan kadar faedah yang sangat minimum kerana selebihnya ditanggung oleh kerajaan.
Para pelabur yang diberikan pinjaman tidak dibenarkan untuk menjual pelaburan mereka sehinggalah tempoh bayaran ansuran diselesaikan tetapi boleh menikmati agihan pendapatan setiap tahun.

Sumber dari Utusan Malaysia
Read More | comments

Ombak Pasang Besar Bawa Rezeki Kepada Penduduk Pantai Canggung

BACHOK, 27 Dis (Bernama) -- Kemunculan remis di pantai Canggung di sini yang dibawa fenomena air laut pasang besar dua hari lepas, menjadi punca rezeki penduduk kampung sekitar pantai itu.

Seorang penduduk Mohd Wajdi Hanafi, 49, berkata spesis kerang yang hidup di dasar laut itu dibawa ombak besar serta terbenam di pesisiran pantai, dan boleh diambil dengan mengorek pasir menggunakan tangan atau senduk.



Baca selanjutnya di BERNAMA
Read More | comments (1)

Isu Pemain Import Gagal Lepasi Syarat Harus Jadi Pengajaran - Tengku Abdullah

KUANTAN, 24 Dis (Bernama) -- Isu pemain import yang gagal melepasi syarat beraksi pada Liga Malaysia 2012 (Liga-M) harus menjadi pengajaran kepada setiap pasukan negeri dan kelab agar lebih serius dalam mengikut garis panduan yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata ia penting dalam memastikan bola sepak negara benar-benar mencapai tahap profesional.

"Saya harap ini menjadi satu pengajaran...kita ini dah masuk profesional, kita kena tahu jadual bila nak ambil pemain import untuk tentukan benar-benar dapat kelulusan FAM," katanya kepada pemberita hari ini selepas melawat 20 mangsa kebakaran melibatkan lima rumah di Kampung Batu 5 di sini, Jumaat.

Tengku Abdullah berkata demikian ketika ditanya berhubung beberapa persatuan negeri dan kelab yang mahu membuat rayuan selepas sembilan pemain import gagal melepasi syarat beraksi pada Liga-M.

Katanya FAM tidak akan mendengar rayuan tersebut dan pihak persatuan negeri dan kelab perlu menunggu pendaftaran pemain import pada tarikh berikutnya.

Bagaimanapun, Tengku Abdullah berkata pihaknya akan mengkaji untuk mempercepatkan tarikh pendaftaran kedua yang ditetapkan pada April depan ke satu tempoh yang terdekat.

Sementara itu, Tengku Abdullah meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi mengenai nasib penyerang negara, Safee Sali berikutan laporan berhubung Liga Super Indonesia (ISL) diharamkan badan bola sepak dunia FIFA.

"Kita jangan cepat beranggapan, kita masih menunggu cerita sebenar, kita juga nak dapat pengesahan daripada FIFA tetapi musim perayaan (Krismas) pejabat (FIFA) tutup," katanya.

Dalam perkembangan lain, Tengku Abdullah yang juga Presiden Persatuan Hoki Malaysia berkata, Liga Hoki Remaja Kebangsaan yang akan bermula pada 9 Jan depan perlu diteruskan walaupun berhadapan dengan masalah stadium yang tidak berada pada tahap terbaik.

Beliau mengakui terdapat stadium yang berada dalam keadaan tidak memuaskan dan pihaknya akan meminta persatuan negeri untuk berbincang dengan pihak berkuasa negeri terbabit bagi memperbaiki keadaan stadium berkenaan.

"Kita akui banyak stadium hoki berada bawah tahap yang kita harapkan, namun saya harap pihak berkuasa negeri dapat memberi keutamaan kepada stadium hoki, saya tahu memang perbelanjaan begitu besar, tetapi (buat masa ini) saya harap pemain, persatuan dan pasukan harus terus bermain juga walau dalam keadaan macam mana sekalipun," katanya.

Laporan akhbar pada Sabtu menyebut hanya 14 daripada 29 stadium hoki di Semenanjung Malaysia boleh digunakan untuk kejohanan Liga Hoki Remaja berkenaan.

-- BERNAMA
Read More | comments

Pelajar, teman lelaki berdepan hukuman gantung

KULAIJAYA - Seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditahan bersama teman lelakinya berusia 32 tahun berdepan hukuman gantung kerana dipercayai memiliki dadah jenis heroin seberat kira-kira 19 gram dan syabu 1.4 gram bernilai RM1,000 di Kulai Besar di sini kelmarin.
Ketika serbuan pada pukul 8.30 malam di rumah sewa lelaki itu, pasangan berkenaan dipercayai sedang membungkus dadah dengan melekatnya di belakang paket sos cili.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, polis turut menjumpai sepaket plastik lutsinar berisi heroin seberat 19 gram dan enam paket plastik lutsinar berisi syabu seberat 1.4 gram di atas meja dalam sebuah bilik.
"Ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis syabu dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau manakala teman lelakinya tidak bekerja," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Kes tersebut, katanya, disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan mereka direman sehingga Khamis depan.

sumber Kosmo
Read More | comments

Perbalahan Antara Karpal-Ramasamy Selesai, Kata DAP

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Perbalahan berhubung isu "Godfather-Warlord" antara Pengerusi DAP Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P Ramasamy telah diselesaikan, menurut kenyataan DAP Khamis.

Kenyataan tersebut, yang dikeluarkan oleh panel tiga anggota yang ditugaskan oleh Jawatankuasa Pusat Eksekutif (CEC) untuk menyelesaikan isu itu, menyebut perbalahan itu telah diselesaikan dan parti itu berusaha untuk mara ke hadapan.

Panel tersebut dianggotai oleh pemimpin veteran Lim Kit Siang, penasihat seumur hidup Dr Chen Man Hin dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng.

Perbalahan itu tercetus pada 28 Nov lalu selepas sebuah akhbar vernakular melaporkan Ramasamy, yang juga Anggota Dewan Undang Negeri (ADUN) Perai, telah mengumumkan bahawa beliau dan tiga calon wanita bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Berikutan itu, Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata bukan untuk Ramasamy membuat pemilihan calon dan parti itu tidak mempunyai tempat untuk 'Warlord".

Ramasamy kemudian menjawab parti itu boleh hidup tanpa "Godfather".

Perbalahan antara dua pemimpin itu bertambah teruk semasa konvensyen tahunan DAP Pulau Pinang hujung minggu lepas dengan Karpal menuntut Ramasamy memohon maaf. Bagaimanapun, Ramasamy enggan berbuat demikian.

Kenyataan panel itu juga berkata akhbar harian itu telah menarik balik laporan semalam dan pengarangnya telah membuat pembetulan berhubung laporan berita itu.


  SUMBER BERNAMA
Read More | comments

Majalah bogel Veena dijual di India

photo link to kosmo
NEW DElHI, India - Sejumlah majalah FHM edisi Disember yang menyiarkan gambar bogel aktres Pakistan, Veena Malik mula dijual di kedai-kedai buku di India kelmarin.
Naskhah- naskhah majalah itu yang menampilkan gambar bogel Veena di kulit depan digantung di kedai-kedai buku termasuk di Mumbai.
Aktres itu mencetuskan kontroversi apabila dia tidak mengaku bergambar bogel untuk majalah lelaki tersebut.
Jurucakap Veena Sohail Rasheed kelmarin menyatakan aktres tersebut berusaha untuk mendapatkan ganti rugi sebanyak 100 juta rupee (RM6.1 juta) daripada majalah FHM.
Veena telah memfailkan satu tuntutan undang-undang ke atas majalah berkenaan dan meminta ganti rugi tersebut atas dakwaan gambar berkenaan dipalsukan dengan terdapat singkatan huruf merujuk kepada agensi perisikan Pakistan di lengannya.
Namun, editor FHM India, Kabeer Sharma memberitahu agensi berita AFP, bahawa pihaknya tidak membuat pengubahsuaian imej atau memalsukan kulit depan majalah berkenaan.

baca selanjutnya di kosmo hari ini
Read More | comments

Pelbagai info

Tip Komputer

Computer Tip

Sponsor By

Followers

Geocounter

Stat


Promote Blog

 
Copyright © 2011. PENGUMPUL BLOG . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website