Alert!!! Ranking Blog Politik Sarawak berdasarkan Alexa Malaysia akan diletakkan di blog ini

Selamat Pengantin Baru kepada Fasha dan Jejai


Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan aktres sensasi telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan Jejai atau nama penuhnya Rizal Ashram Ramli.

Fasha menerima mas kahwin sebanyak RM8888.88.

Majlis itu dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada bapa Jejai iaitu bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, ibu kandung Fasha Hatijah Tehman dan bapa tirinya, Mohd Faisal, kaum keluarga, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.

Pada majlis berkenaan, Fasha tampil anggun mengenakan busana berona putih ungu rekaan Riezman Ruzaini dan dirias juru solek terkenal Saidatul Nisa.





Gambar dari pelbagai sumber.

Menarik | Dua serpihan Tahi Bintang Ditemui di California


Seorang pemburu tahi bintang, Robert Ward pada selasa lalu menemui 2 batu kecil dipercayai serpihan daripada tahi bintang. Berat setiap batu itu sekitar 10 gram.



RENO, Amerika Syarikat (AS) - Dua batu kecil yang ditemui di kaki bukit Sierra, barat California merupakan serpihan daripada tahi bintang yang meletup pada minggu lalu, kata beberapa saintis semalam.

Letupan itu sekuat lima kiloton, satu pertiga lebih kuat daripada bom atom yang meletup di Hiroshima, Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Kedua-dua batu itu ditemui oleh seorang pemburu tahi bintang, Robert Ward pada Selasa lalu.

Menurut pakar tahi bintang di Institut Geofizik dan Fizik Planet, Universiti California Los Angeles, Profesor John T. Wasson, berat setiap batu itu sekitar 10 gram.

Pakar-pakar berkata, saiz asal tahi bintang itu kemungkinan sebesar sebuah van kecil semasa ia memasuki atmosfera Bumi dengan mengeluarkan bunyi yang kuat pada awal Ahad lepas.

Pergerakan tahi bintang itu dapat dilihat di Sacramento, California sehingga ke Las Vegas dan sebahagian kawasan utara Nevada.

Menurut seorang pakar tahi bintang di Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Marshall, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan, ia kemungkinan seberat 70,000 kilogram.

Beliau berkata, semasa tahi bintang itu berkecai, ia kemungkinan meletup dengan kekuatan lima kiloton. - Agensi
 Sumber Kosmo

PTPTN Pulangkan Hasil Pelarasan Bayaran Balik Pinjaman Sebanyak RM2.72 Juta

TEMERLOH, 25 April (Bernama) -- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memulangkan hasil pelarasan lima peratus kepada tiga peratus hingga satu peratus membabitkan RM2.72 juta kepada seramai 3.2 juta peminjam sehingga 31 Mac lalu.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata, dalam tempoh sama juga PTPTN sudah memberi pinjaman sebanyak RM43.85 bilion kepada 1.96 juta pelajar melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara.

"Sehingga 31 Mac lalu, sepatutnya seramai 1,052,693 peminjam membabitkan peruntukan RM6.84 bilion membayar balik pinjaman, tetapi atas faktor tertentu seperti sakit, melanjutkan pelajaran keluar negara, PTPTN meluluskan penangguhan kepada 31,606 peminjam terbabit," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Minda di perkampungan Orang Asli Penderas petang Selasa.

Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata, sehingga kini PTPTN menerima RM3.8 bilion bayaran balik pinjaman daripada 759,526 peminjam.

Katanya, peminjam yang dikenakan tindakan dan tidak memberikan sebarang jawapan setelah dihubungi PTPTN adalah seramai 261,561 peminjam membabitkan pinjaman RM1.8 bilion.

-- BERNAMA

Google Doodle | Logo menarik Hari Bumi 2012

Pada 22 April setiap tahun kita akan meraikan hari bumi. Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya didakan setiap tahun ketika musim bunga di himesfera utara, dan musim luruh di himesfera selatan. Tujuannya diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar.Dan seperti yang kita lihat juga  hari ini Google juga membuat animasi yang amat menarik. 

Untuk mengetahui sejarah Hari Bumi Klik Sini

Selamat Menyambut Hari Bumi untuk semua.

Menarik | Ipad Terbaru dari Apple akan di jual Jumaat ini

Apple mula jual ipad baru kategori generasi ketiga akan mula di pasarkan di Korea Selatan serta 11 negara lain iaitu Brunei, Croatia, Cyprus, Republik Dominica, El Salvador, Guatemala, Malaysia, Panama, St Maarten, Uruguay dan Venezuela mulai Jumaat ini.

 video ipad terbaru


CUPERTINO (California): Apple semalam mengumumkan, iPad barunya produk kategori generasi ketiga dalam kategorinya akan mula dipasarkan di Korea Selatan serta 11 negara lain, lusa.

Produk terbaru itu dilengkapi paparan Retina yang mengagumkan, selain cip A5X baru Apple dengan grafik quad-core serta kamera iSight berkeupayaan 5 megapiksel.

Ia juga mempunyai optik maju untuk merakamkan gambar dengan lebih hebat serta video HD 1080p.

Selain kekal nipis dan ringan, iPad terbaru itu juga dilengkapi bateri yang mampu bertahan sehingga 10 jam.

Selain Korea Selatan, iPad baru itu juga mula dijual di Brunei, Croatia, Cyprus, Republik Dominica, El Salvador, Guatemala, Malaysia, Panama, St Maarten, Uruguay dan Venezuela mulai Jumaat ini.

Untuk pelanggan di Colombia, Estonia, India, Israel, Latvia, Lithuania, Montenegro, Afrika Selatan dan Thailand pula, mereka berpeluang membelinya mulai 27 April.

iPad model wi-fi dihasilkan dengan dua warna - hitam atau putih - dengan harga runcit AS$499 (RM 1,523) untuk model 16GB, AS$599 (RM1,828) untuk model 32GB dan AS$699 (RM2,133) untuk model 64GB. Untuk iPad yang dilengkapi kemudahan wi-fi dan 4G, harga runcit yang disarankan Apple ialah AS$629 (RM1,927) bagi model 16GB, AS$729 (RM2,235) untuk model 32GB dan AS$829 (RM2,542) untuk model 64GB model.
Ia boleh dibeli di kedai dalam talian Apple (www.apple.com) dan semua pengedar bertauliah syarikat itu di negara berkenaan. - TS
 sumber Mymetro

Menarik | Lokasi tempat mangsa Titanic tertanam ditemui



Photo credit to Kosmo Online
NEW YORK - Rangka tulang mangsa kapal penumpang Titanic yang karam di Lautan Atlantik mungkin tertanam dalam lumpur di dasar laut itu, kata seorang pegawai persekutuan kelmarin.
Satu gambar yang dirakamkan pada tahun 2004 tetapi didedahkan buat kali pertama pada minggu lalu menunjukkan sehelai kot dan kasut but di dalam kawasan berlumpur di lokasi kapal tersebut karam.
Pegawai itu, James Delgado yang merupakan Pengarah Warisan Maritim di Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA) memberitahu agensi berita AP, kasut yang terdapat pada dasar laut tersebut bukan terkeluar dari sebuah beg milik penumpang lain.
Gambar itu dirakamkan semasa satu ekspedisi NOAA dan pengasas pencari bangkai kapal Titanic, Robert Ballard dilancarkan pada tahun 2004.
Akhbar New York Times melaporkan mengenai gambar itu pada Sabtu lalu.
Pengarah filem Titanic, James Cameron yang pernah mengunjungi sebanyak 33 kali lokasi serpihan tempat kapal itu karam didasar lautan memberitahu akhbar berkenaan, dia tidak menemui sebarang rangka manusia.
"Kami menemui kasut. Kami menemui beberapa pasang kasut yang mungkin mengukuhkan dakwaan bahawa terdapat tinggalan manusia pada satu tempat. Namun, kami tidak menemui sebarang tinggalan rangka manusia," katanya.
Kapal itu karam pada 14 April 1912 selepas ia melanggar bongkah ais di perairan antarabangsa di Lautan Atantik.
Seramai 1,500 orang terbunuh apabila kapal itu karam dan terputus dua selepas ia melanggar bongkah ais. - Agensi

*IMEJ menunjukkan sehelai kot dan kasut dekat bangkai kapal Titanic yang karam di dasar Lautan Atlantik. 

Pengawal Keselamatan Rogol Kanak-Kanak Di penjara 10 tahun

Photo credit to utusan Malaysia Online
KOTA BHARU 12 Jan. - Seorang pengawal keselamatan sebuah bank di ibu negara, dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun sembilan bulan, dua tahun lalu.
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Yuzwan Hamat, 26, selepas lelaki itu mengaku merogol mangsa di rumah kakak ipar mangsa di Kampung Bukit Tiu, Machang, dekat sini antara pukul 11 malam, 20 Januari 2010 dan pukul 1 pagi, keesokan harinya.
Hukuman penjara tersebut diperintahkan berkuat kuasa mulai dari tarikh tertuduh ditangkap pada 4 Januari lalu di Kuala Lumpur.
Dakwaan terhadap Mohamad Yuzwan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali, kira-kira pukul 10 malam pada hari kejadian, mangsa tidur bersama seorang adik perempuannya di dalam bilik di rumah saudaranya itu.
Pada masa itu, tertuduh menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk berjumpanya dan selepas sejam iaitu lebih kurang pukul 11 malam, tertuduh masuk ke bilik mangsa melalui tingkap yang tidak berkunci.
Mereka berbual-bual dan mangsa mendakwa tertuduh mengajaknya melakukan hubungan seks selain berjanji akan mengahwininya.
Selepas melakukan perbuatan rogol tersebut, tertuduh keluar melalui tingkap lebih kurang pukul 1 pagi.
Keesokannya lebih kurang pukul 5 petang, mangsa menceritakan kepada kakak iparnya tentang kejadian itu dan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Machang.
Hasil pemeriksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini menunjukkan mangsa telah dirogol.
Tertuduh bagaimanapun melarikan diri dan dia berjaya ditangkap pada pukul 2.48 petang, 4 Januari lalu di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Sumber Utusan Malaysia Online

Video Detik Detik Cemas Gempa Bumi Di Aceh pada 11/4/12

JAKARTA, 11 April (Bernama) -- Aceh pada Rabu digegarkan gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter (SR) dengan gegaran berpusat di 364 km ke barat daya daerah Simeulue menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk di kawasan pantai di beberapa provinsi di sekitarnya.

Gempa tektonik yang berlaku pada pukul 3.38 petang waktu tempatan itu serta gempa susulan 8.5 SR beberapa saat kemudian, dipercayai berpotensi menyebabkan tsunami di lima provinsi iaitu Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu dan Lampung.

Pusat gempa itu ialah pada kedalaman 10 km di bawah permukaan laut.- BERNAMA


















Updates: Amaran tsunami yang dikeluarkan bagi negeri Perlis, Kedah termasuk Langkawi, Pulau Pinang dan Perak telah ditarik balik pada pukul 10 semalam, kata Jabatan Mateorologi Malaysia (JMM).

2012 | Pesta Kaul Mukah Datang Lagi

Lebih kurang seminggu lagi satu lagi pesta di Sarawak akan di sambut iaitu Pesta Kaul Mukah. Seperti  setiap tahun pelbagai acara yang menarik untuk memeriahkan lagi Pesta Kaul Mukah.

photo credit to http://www.kaulmukah.com/

Kaul adalah perayaan tradisi yang diraikan oleh kaum Melanau yang tinggal di sepanjang pantai Sarawak. Pada masa lalu, Kaul dilihat sebagai satu majlis keagamaan untuk menenangkan roh-roh laut, tanah, hutan dan ladang yang menjadikannya sebagai perayaan yang paling penting dalam tahun kaum Melanau Pagan.

Ia adalah upacara penyucian dan kesyukuran serta salah satu restu untuk memperoleh kedamaian serta nasib yang baik dalam menjalani kehidupan seharian. Ia diadakan pada permulaan dalam kalendar kaum Melanau Pagan yang menandakan musim tengkujuh telah berlalu yang memberi kesan kepada kehidupan mereka sebagai petani dan nelayan.- sumber

Pada tahun ini Pesta Kaul Mukah diadakan pada 19-29 April 2012. Bagi rakyat Sarawak khasnya kaum Melanau acara ataupun pesta ini tidak asing lagi bagi mereka. Tetapi bagi mereka yang ingin mengetahui adat resam kaum Melanau serta ingin tahu lebih lanjut lagi tentang Pesta Kaul Mukah ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri.Pesta Kaul Mukah 2011
Dan mengikut jadual Majlis itu akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak di Tapak Kaul Mukah

UNTUK INFO LANJUT LAGI TENTANG PESTA KAUL MUKAH 2012 KLIK SINI

Menarik | Pertabalan Agong Dirakam National Geographic Channel

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada Rabu ini menarik minat National Geographic Channel (NatGeo) untuk merakamkannya dalam bentuk filem dokumentari dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk siaran ke seluruh dunia.

Pengarah Produksi Finas, Subaidah Md. Top berkata ini kali kedua NatGeo membuat liputan seumpama itu. Kali pertama, istiadat pertabalan Yang di Pertuan Agong ke 13, Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu pada 2007.

Dalam liputan kali ini, NatGeo akan menumpukan kepada keunikan dan keistimewaan pelantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kedua kalinya.

Subaidah berkata, belum pernah dalam sejarah negara, Sultan atau Raja yang sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan itu di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Tuanku Abdul Halim, pertama kali dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong (yang kelima) pada 1970 semasa berumur 42 tahun, dan kini dilantik semula sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 14 pada usia 84.

"Dokumentari tersebut bakal menyingkap dengan lebih dekat mengenai kisah hidup Tuanku Abdul Halim itu sendiri," tambahnya.

Pihak produksi akan juga merakamkan aktiviti Tuanku selepas istiadat pertabalan, serta menemubual anggota kerabat serta kenalan rapat Seri Paduka.

"Seperti yang kita sedia maklum semasa Tuanku menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima, Perdana Menteri pada ketika itu ialah Tun Abdul Razak dan pada pertabalan kali ini pula anaknya Datuk Seri Najib Tun Razak pula yang memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif negara.

"Keunikan ini akan turut dipaparkan dalam filem dokumentari itu," katanya.

Subaidah berkata, semasa Tuanku menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima, negara baru saja melalui Tragedi 13 Mei 1969, dan berikutan itu negara diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Mageran melahirkan beberapa dasar penting Malaysia, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat.

"Seri Paduka kini bakal memimpin negara dalam satu era yang sangat penting di mana kerajaan sedang berusaha keras bagi mencapai status negara maju menjelang 2020. Itu yang kita mahu kongsikan dengan dunia," katanya.

Subaidah berkata penggambaran dokumentari ini telah bermula seawal Disember lepas lagi, semasa Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Tuanku.

"Namun selepas istiadat pertabalan pada Rabu depan, sesi penggambaran akan lebih agresif berikutan pelbagai acara telah disusun yang perlu dihadiri baginda dalam tempoh 10 hari dan dijangkakan tempoh penggambaran akan mengambil masa sekitar tujuh ke lapan bulan," katanya.

Beliau berkata dokumentari ini juga akan menampilkan kepada dunia Istana Negara yang baru.

Subaidah berkata Finas bertanggungjawab untuk memantau keseluruhan pergerakan produksi sehingga penerbitan dokumentari siap sepenuhnya.

Mengenai bajet, beliau berkata peruntukan bagi penghasilan dokumentari kali ini ialah sekitar RM700,000, sama seperti ketika Finas dan NatGeo menerbitkan dokumentari pertama berjudul 'Becoming A King' mengenai pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13, Tuanku Mizan.

Dokumentari 2007 itu yang disiarkan pada 29 Ogos tahun berkenaan, berjaya menarik penonton di kira-kira 250 juta kediaman di lebih 160 negara.- BERNAMA

Google Doodle Celebrates Eadweard J. Muybridge 182nd Birthday

Google Doodle meraikan harijadi yang ke-182 Eadweard J. Muybridge. Di lahirkan pada April 9, 1830 dan meninggal pada 8 May 1904.Beliau adalah seorang photografer handal dari amerika.
 Profile
Birth name Edward James Muggeridge
Born April 9, 1830 Kingston upon Thames, England
Died May 8, 1904 (aged 74) Kingston upon Thames, England
Nationality British
Field Photography
Influenced Filmmaking

Klik link untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Edward James Muggeridge
 Spurce - Wikipedia
A Gif animation - Source wikipedia
Galloping horse set to motion using photos by Eadweard Muybridge.

Gambar Sekitar Pikom Pc Fair di Kuching Sarawak

Lokasi : BORNEO CONVENTION CENTRE KUCHING

pintu masuk ke Pikom pc fair
Promosi semakin  panas!!!! Hebat!!!!
Promosi hebat
Hottttt!!!!!!1Promosi Hebat!!!!!
Macam-macam ragam

Lokasi Pikom Pc Fair seterusnya di bahagian Sarawak adalah di Sibu pada 27 - 29 April 2012.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati promosi hebat ini!!!

WWW 1 | Nombor Plat Termahal

KUALA LUMPUR - Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan khususnya di ibu negara kini diramalkan mampu mencecah nilai RM500,000 apabila tendernya dibuka pada 30 April nanti.
Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman, ramalan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tawaran awal yang sudah diterima meskipun tender belum lagi dibuka kepada orang ramai.

(gambar kecil)
PLAT termahal dunia, '1', yang berharga RM43.7 juta dibeli oleh jutawan Abu Dhabi, Saeed Abdul Ghaffar Khouri (gambar kecil) pada 2008 dan dipakai pada kereta kesayangannya, Bugatti Veyron.

"Sejak pengumuman mengenai nombor yang dikaitkan dengan singkatan terkenal WWW iaitu World Wide Web dibuat, beberapa tawaran telah dilakukan oleh individu yang berminat dengan harga sudah pun melebihi RM400,000," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad baru-baru ini.

sumber - kosmo

Pereka Porsche Meninggal Dunia Pada Usia 76 Tahun




Ferdinand Alexander Porsche meninggal dunia pada usia 76 tahun di Salzburg. 

FRANKFURT, Jerman - Pereka model kereta sport Porsche 911, Ferdinand Alexander Porsche meninggal dunia pada usia 76 tahun.
Cucu pengasas jenama automotif mewah itu menghembuskan nafas terakhirnya di Salzburg, Austria kelmarin. Punca kematiannya tidak didedahkan.
Dikenali sebagai F.A dalam kalangan kakitangan Porsche, beliau mengetuai sebuah firma reka bentuk pada tahun 1960-an.
Firma tersebut diberi tugas menggantikan model Porsche 356.
Porsche kemudian tampil dengan idea reka bentuk yang kemas, selain menggantikan enjin empat silinder kepada enjin lebih berkuasa iaitu enam silinder.
Model Porsche 911 dihasilkan pada tahun 1963. Sudah memasuki generasi ketujuh, model itu terus dikenali sehingga ke hari ini.
Pada asalnya, Porsche mahu menggunakan nama 901.
Namun, nombor itu ditukar kerana pengeluar kereta dari Perancis, Peugeot mendakwa pihaknya sudah mempatenkan nama kenderaan dengan nombor '0' pada bahagian tengahnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Porsche, Matthias Mueller menyatakan penghormatannya ke atas Porsche dan menyifatkan beliau sebagai pengasas budaya reka bentuk dalam syarikat Porsche yang menjadikan kereta sport Porsche dikenali sehingga ke hari ini.
Lahir di Stuttgart, Jerman pada tahun 11 Disember 1935, Porsche ialah anak Ferry Porsche.
Beliau melanjutkan pelajaran ke Ulm School of Design dan menyertai syarikat Porsche pada tahun 1958.
Pada tahun 1972, Porsche menubuhkan Porsche Design Studio yang bertanggungjawab mereka bentuk askseori seperti cermin mata, jam dan pen. - Agensi

Bahagian Sarawak | PIKOM PC Fair 2012

PIKOM PC FAIR 2012(I) Schedule (dates & venues)

PC FAIR 2012(I)
Vanue : BORNEO CONVENTION CENTRE KUCHING (BCCK)
Date : 6 - 8 April 2012

Jangan lepaskan peluang untuk datang beramai ramai. Pelbagai produk komputer akan di jual disana.

Klik Link di bawah untuk info

Gambar Menarik Perkahwinan Azza Elite dan Azlan Zulaily

 Gambar sekitar majlis perkahwinan Azza dan Azlan Zulaily.
sama cantik sama padan...
Selamat Pengantin Baru kepada Azza dari kumpulan Elite berkahwin dengan kekasihnya Azlan Zulaily di Masjid Bukit Antarabangsa semalam. Dengan mas kahwin RM300 Azza turut menerima wang hantaran berjumlah     RM 10,000 dan sembilan dulang hantaran. Dan pihak lelaki pula menerima 11 dulang hantaran.

photo credit to Gua.com.my

Tahniah kepada Azza dan Azlan kerana telah bergelar suami isteri. Semoga mereka bahagia sampai ke akhir hayat.

Gambar di atas dari pelbagai.

Tip Komputer

Artikel menarik

Computer Tip

Followers

Archives

Flag Counter