Kejadian berlaku awal pagi semalam ketika pemiliknya tiada di rumah dan hanya ada dua pembantu rumah warga Indonesia dan anak perempuan pasangan tersebut yang berusia enam tahun.
| gambar hiasan |
Mangsa memberitahu majikannya bahawa rumah mereka dimasuki sekurang-kurangnya empat orang lelaki bertopeng bersenjatakan parang, dengan seorang daripada mereka masuk ke bilik salah seorang pembantu rumahnya dan bertindak merogol mangsa.
Manakala suspek yang lain dipercayai masuk ke bilik lain dan menyelongkar rumah terbabit serta melarikan barangan kemas serta laptop milik majikannya.
Anggaran kerugian belum dapat dipastikan.
Sementara itu, seorang lagi pembantu rumah bersama anak perempuan majikannya tidak diapa-apakan oleh perompak terbabit.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Pusat Miri di sini oleh majikannya pagi semalam dan disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Miri yang memberitahu polis masih menyiasat perkara tersebut. -utusan borneo
No comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.