Lazada Malaysia

Kampung Budaya Di Sarawak part1

photo credit to Abang BoyC Zone
Tidak puas rasanya jika melancong ke Sarawak sekiranya tidak ke Kampung Budaya yang terletak hanya 32km dari bandar Kuching. Ia menyediakan pelbagai daya tarikan yang tersendiri dan keunikan bagi memberi pengalaman dan kepuasan kepada pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara.

Kampung budaya ini juga digelar 'Muzium Kehidupan' ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan.
Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelawat. Penduduk kampung ini menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelawat. Pelawat juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.
Rumah panjang yang terdapat di sini mempunyai deretan bilik-bilik yang bersebelahan yang disambungkan dengan sebuah ruang serambi yang panjang yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti seperti mengukir kayu dan menganyam bakul. Pelawat sering dijemput menghadiri majlis pada waktu malam dan dihidangkan minuman tuak yang diperbuat sendiri oleh penduduk kaum Iban dengan menggunakan beras. Rumah tumpangan yang selesa juga ada disediakan untuk pelawat. 

sumber di petik dari Tourism Malaysia 

Pada siri yang akan datang saya akan terangkan apa yang menarik di Kampung Budaya di Sarawak....
 seperti:
  • Bidayuh Longhouse
  • Iban Longhouse
  • Penan Hut
  • Orang Ulu Long House
  • Melanau Tall House
  • Malay House
  • Chinese Farmhouse


Blog, Updated at: Saturday, January 29, 2011

1 comments:

  1. Yep...memang x sah kalau x pergi ke SCV ni....per entry rm60...kalau kanak2 bwh 12thn dan warga emas, 1/2 price. Byg lagi gambar menarik ada kat sini... www.kenyalang.net

    ReplyDelete

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG