Alert!!! Ranking Blog Politik Sarawak berdasarkan Alexa Malaysia akan diletakkan di blog ini

SPR | Tempoh berkempen untuk PRU13 tamat 11.59 malam ini


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengingatkan semua parti politik bahawa tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bermula 20 April lepas, akan tamat pada 11.59 malam ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam berkata selepas tempoh itu, tiada aktiviti berkempen dibenarkan lang­sung terutamanya pada hari mengundi.

Pada Ahad ini, katanya, SPR akan menguatkuasakan subseksyen 26(1) Akta Ke­salahan Pilihan Raya 1954 yang melarang diadakan, memanggil atau mengaturkan sebarang bentuk perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan, hiburan atau memberi ucapan terbuka.

Akta itu juga melarang membekalkan apa-apa alat pembesar suara bagi maksud politik serta melarang mem­buka pejabat atau barung di dalam bahagian pilihan raya, katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini.

“Dalam jarak 50 meter dari sempadan tempat mengundi, adalah dilarang menentukan identiti mana-mana orang yang memasuki sesuatu tem­pat mengundi, menyemak dalam senarai nama, merayu-rayu atau memujuk supaya orang tidak mengundi serta menunggu atau berdiri di tempat mengundi (tanpa sebab munasabah),” ka­tanya.

Abdul Aziz berkata,pada hari itu juga, SPR melar­ang mana-mana calon atau penyokongnya merayu undi di dalam bahagian pilihan raya dan dalam jarak 50 meter dari sempadan tempat mengundi atau dalam tempat mengundi memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan atau payung yang tertera nama calon, lambang dan simbol parti politik.

Bagi kesemua kesalahan itu, katanya, pesalah boleh dipen­jarakan sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, rumah persend­irian yang berada dalam ling­kungan jarak 50 meter dari sempadan pusat mengundi juga tidak dibenarkan untuk dijadikan tempat berkumpul dan meraih undi.

“Pejabat parti dalam ka­wasan 50 meter (sedia ada) dibenarkan beroperasi tetapi tidak boleh digunakan se­bagai tempat meraih undi,” katanya.

Abdul Aziz turut mengin­gatkan pelbagai pihak supaya tidak menjual, menawar atau membeli kertas undi dan mereka yang berbuat demikian, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka yang disabitkan juga tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai pemilih atau pengundi dalam mana-mana pilihan raya seh­ingga lima tahun dari tarikh sabitan.

Abdul Aziz juga mengin­gatkan supaya tidak meng­ganggu pengundi kerana se­siapa yang berbuat demikian boleh dihukum mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Di bawah perenggan 3(1)(n) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, ia mem­peruntukkan sesiapa yang menghalang pengundi yang berhak, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga dua ta­hun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duan­ya,” katanya. — Bernama


Sumber Borneo Post

Perarakan Tidak dibenar Semasa Penamaan Calon

KUCHING: Polis menasi­hati penyokong setiap parti bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) su­paya tidak mengadakan perar­akan semasa proses penamaan calon hari ini.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bagi PRU13 ACP Azam Abdul Hamid berkata, tidak ada sebarang perarakan diben­arkan walaupun pada jarak dekat menuju pusat penamaan calon.

Menurutnya, penyokong parti hanya boleh berkumpul di kawasan dibenarkan se­masa proses penamaan calon sahaja.

“Kita (polis) tidak membe­narkan mereka (penyokong) membuat perarakan dan mengganggu aliran trafik,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Ketua Trafik Negeri Superintenden Mohd Najid Jusoh.

Malah, menurutnya, orang ramai juga diminta menjauhi pusat penamaan calon dan tidak dibenar mengibarkan bendera parti semasa proses tersebut berjalan.

“Pengibaran bendera parti hanya dibenarkan selepas se­lesai proses penamaan calon,” ujarnya.

Semasa proses berkempen, Azam berkata, setiap parti perlu menasihati pekerja atau penyokong supaya memasang bahan kempen mengikut per­aturan ditetapkan.

“Jangan pasang bahan kem­pen di tempat tidak dibenar­kan dan mengganggu aliran trafik,” jelasnya.

Selain itu, menurutnya, setiap ceramah yang diadakan perlu meminta kebenaran daripada pihak polis terlebih dahulu termasuk menye­naraikan nama penceramah.

“Penceramah yang tidak disenaraikan tidak dibenarkan untuk bercakap.

“Tidak ada penceramah payung terjun dibenarkan, kalau nama tidak tertera maka kita berhak memberhentikan ceramah,” kata Azam.

Mengulas mengenai penu­gasan anggota polis, Azam menjelaskan, seramai 1,800 anggota dikerah untuk men­gawal keadaan dan keselama­tan di 31 pusat penamaan calon seluruh negeri.

Tambahnya, penempatan anggota turut diperkuat den­gan enam unit Unit Pencegah Rusuhan (PORU) yang mana dua unit di Kuching dan mas­ing-masing satu unit di Sibu, Miri serta Bintulu manakala satu unit sebagai simpanan.

“Dengan penempatan ang­gota ini, kita yakin keadaan keselamatan terkawal pada hari penamaan calon.

“Oleh itu, orang ramai tidak perlu risau kerana mereka boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa,” tam­bahnya.

Secara keseluruhannya, seramai 6,500 anggota po­lis ditugaskan sepanjang PRU13 berlangsung dan turut diperkuat dengan sokongan anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

sumber Borneo Post

Ranking 3 April 2013 | Carta Terkini Blogger Politik Sarawak

Berikut adalah Posting ke-4 Carta atau Ranking Terkini Blog Politik Sarawak berdasarkan Alexa Malaysia. Sila rujuk posting Ranking Terkini Blogger Politik Sarawak untuk Ranking sebelum ini. 

Untuk Makluman pembaca, kami hanya menyenaraikan 25 blog kerana kebanyakan blog lain dalam keadaan tidak aktif. 


P/s : Untuk menggunakan maklumat Ranking Terkini Blogger Politik Sarawak sila kreditkan Link kepada Pengumpul Blog. Kerjasama amat diharapkan. Sebarang cadangan boleh tinggalkan komen di bawah. Terima Kasih.

Operasi Daulat | Datuk Seri Dr Rais Yatim Puji Kecekalan Petugas Media


LAHAD DATU, 28 Mac (Bernama) -- Kecekalan petugas media berada di lokasi berbahaya Operasi Daulat menyerlahkan manifestasi cintakan negara golongan itu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata selain memenuhi tuntutan kewartawanan, laporan yang disampaikan petugas di lapangan membantu seluruh masyarakat mendapat gambaran jelas apa yang berlaku.

Katanya kementerian mendapati setiap laporan yang dibuat sangat tepat dan memenuhi garis panduan yang ditetapkan pihak keselamatan.

"Kita berhadapan dengan dunia media yang makin dipersoal masyarakat dan dengan liputan semasa operasi ini, saya yakin bahawa liputan yang dibuat dapat memastikan pemberitaan tempatan mampu bersaing dengan media antarabangsa dalam melaporkan sesuatu bencana," katanya pada majlis makan tengah hari meraikan petugas media yang membuat liputan Operasi Daulat di sebuah hotel di sini Khamis yang dihadiri 35 wakil media.

Hadir sama Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong.

Rais berkata sebagai menghargai pengorbanan wartawan yang berjaya menjalankan khidmat nasional yang diamanahkan, kementerian itu akan menganjurkan majlis khusus bagi memberi pengiktirafan kepada semua petugas media yang terlibat dalam operasi itu.

"Ini boleh dianggap sebagai ingatan dan pengiktirafan serta terima kasih kementerian kepada warga media yang telah bertungkus lumus sepanjang membuat liputan di Lahad Datu," katanya sambil memberitahu bahawa antara yang akan diberi ialah sijil penghargaan.

Bernama menghantar 11 petugas membabitkan sembilan wartawan dan seorang jurugambar serta jurukamera untuk membuat liputan sepanjang Operasi Daulat.

Pelbagai peristiwa dan rintangan dilalui wartawan Bernama dalam usaha mendapatkan laporan terbaik, antaranya menempuh saat cemas terserempak dengan anggota militan ketika mencari bahan berita dan 'diusir' pihak berkuasa keselamatan yang mahu memastikan operasi mereka tidak terganggu oleh wartawan yang cuba mengintip keadaan.

Yong berkata atas saranan Rais, BernamaTV akan menghasilkan segera sebuah dokumentari pendek mengenai insiden pencerobohan Sabah itu untuk tatapan dan rujukan pada masa depan.

-- BERNAMA

Tip Komputer

Artikel menarik

Computer Tip

Followers

Flag Counter