Lazada Malaysia

Dua jenazah Pelajar Maut di Rusia Selamat di kebumikan

Jenazah pelajar tajaan Mara Hanisah Muhd Shah selamat di kebumikan pada pukul 7.55 pagi tadi di tanah perkuburan Islam Syed Yahya di kampong Molek hari ini. Allahyarham terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia pada Ahad lepas.

Jenazah sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) 10.05 malam tadi dengan pesawat Emirates Airlines dari Dubai bersama jenazah seorang lagi pelajar Malaysia yang juga mangsa kemalangan sama, Adzreen Dimyati.

Manakala jenazah Adzreen, 22, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disemadikan di tanah perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya 12.40 tengah malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, Hanisah dan Adzreen maut manakala lima lagi rakannya yang juga pelajar cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van selepas mereka baru kembali ke negara itu memulakan pelajaran semesta baru.

Kesemua mereka adalah pelajar tahun 5 Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod dan sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny selepas pulang bercuti di Malaysia ketika kemalangan maut itu berlaku. — BERNAMA



Al-Fatihah untuk mereka...


Blog, Updated at: Saturday, September 08, 2012

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG