Lazada Malaysia

Kes Rogol | Remaja Dakwa Kena Rogol Kenalan FB

KUCHING: Seorang remaja perempuan mendakwa di­paksa melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinya se­lepas diugut akan dimalukan dengan menyebarkan sesuatu yang mengaibkan di laman sosial Facebook (FB).

Mangsa, 15, berasal dari Petra Jaya pada mulanya dikatakan berkenalan dengan suspek berusia 18 tahun itu melalui FB sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Hasil perkenalan terse­but, mangsa dikatakan telah keluar bersama suspek di mana dia telah dirogol sus­pek yang mengugut akan menghebohkan perkara itu jika mangsa melaporkannya kepada sesiapa.
gambar hiasan
Gara-gara takut, mangsa berdiam diri dan dihubungi suspek sehingga awal se­malam dan meminta mangsa datang ke rumahnya di Kam­pung Sourabaya Ulu.

Mangsa dikatakan men­unggu sehingga kesemua ahli keluarganya tidur sebelum menyelinap keluar sekitar jam 3 pagi untuk bertemu dengan suspek yang didakwa memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya sekali lagi.
Suspek kemudian meminta seorang rakannya menghantar mangsa pulang di mana ahli keluarga mangsa ketika itu sedang menunggunya den­gan perasaan marah selepas menyedari dia tidak berada di rumah.

Mereka dikatakan terus membelasah rakan suspek yang menghantar mangsa sebelum mangsa memberi­tahu perkara sebenar dan ibu bapa mangsa kemudian membawanya membuat laporan polis berhubung kejadian. -Utusan Borneo


Blog, Updated at: Friday, August 15, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG