SADONG JAYA: Seorang pelajar tingkatan tiga dibunuh kejam sebelum mayatnya dita-nam di dalam lubang di bela-kang sebuah rumah di sini.
Mangsa yang dikenali sebagai Taufik Abdul Rahim, 15, dari Kampung Iboi Ulu dipercayai telah dipukul sehingga mati ke-rana enggan mengikut kehendak sekumpulan penjenayah.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Abdul Rahman Ahmad memberitahu mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki yang terbabit dalam sindiket curi motosikal serta pecah rumah.
Beliau berkata penemuan mayat mangsa pada jam 10 pagi semalam susulan penahanan seorang remaja berusia 19 tahun di Kampung Sadong Jaya, yang dipercayai turut terbabit dalam pembunuhan tersebut.
“Melalui siasatan awal pihak polis, suspek mengaku terlibat sama dalam kejadian tersebut dan turut memberitahu dan memandu arah polis ke lokasi mangsa ditanam kira-kira 10 pagi ini (semalam),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata siasatan awal pasukan forensik di lokasi kejadian mendapati tanah di belakang rumah itu mempunyai kesan baru digali sebelum me-nemui mayat mangsa.
Menurut laporan awal siasatan, sekumpulan lelaki dipercayai geng sindiket pecah rumah dan curi motosikal cuba memujuk mangsa agar menyertai kumpulan mereka memandangkan mangsa sudah mengetahui ke- giatan jenayah mereka.
Akibat menolak permintaan kumpulan tersebut mangsa di-percayai dipukul menggunakan kayu dan ditanam di sebuah lubang.
Mangsa sebelum itu dikatakan meninggalkan rumahnya sekitar jam 1 petang pada hari Sabtu dan gagal pulang ke rumah beberapa jam selepas itu.
Bapa mangsa, Abdul Rahim, yang kerisauan membuat laporan polis tetapi laporan hanya dapat dibuat 24 jam selepas seseorang itu hilang menyebabkan bapa mangsa terpaksa membuat laporan pada jam 1 petang, Ahad.
Berikutan laporan tersebut suspek ditahan oleh pihak polis selepas menerima laporan dari-pada penduduk kampung yang ternampak suspek menggunakan motosikal mangsa untuk pergi ke kedai.
Apabila disoal, suspek mengaku terbabit dalam kejadian tersebut dan memberitahu polis tempat mangsa ditanam iaitu di belakang sebuah pondok berdekatan rumahnya.
Ketika ditemui, mayat mangsa berada dalam keadaan ditutupi tanah berlumpur akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
Mangsa juga masih lengkap berpakaian serta berlumuran darah.
Mangsa merupakan anak ke-tiga daripada lima adik beradik dan menuntut di Sekolah Me-nengah Kebangsaan Semera.
Mangsa dipercayai bergaul sebagai kenalan kepada suspek yang dikatakan ahli sindiket mencuri motosikal.
Pihak polis kini sedang mencari lima lagi suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan.
MENARIK: PERHATIKAN APA YANG PELIK
4 years ago
semoga kasus ini segera terselesaikan.
ReplyDeleteYa Allah
ReplyDeletekesiannya
moga si penjenayah dapat diberkas dan diberi hukuman seberat2nya
Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen
salam sobat
ReplyDeletesemoga kabar sehat dan baik-baik saja disini,
ikut prihatin bacanya,
semoga pembunuh dapat hukuman yang berat, sesuai dengan kelakuannya.
Sedih membaca berita ini. Semoga keluarga diberi keikhlasan dan pembunuhnya mendapat hukuman seberat2nya :(
ReplyDelete