Genap 36 tahun Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee meninggal dunia. Menyentuh mengenai jasa, sumbangan dan khazanah seni yang ditinggalkan Allahyarham, ia tidak pernah jemu diperkatakan dan saban tahun menjelang ulang tahun pemergiannya kita akan berasa kehebatannya berkarya dalam filem dan muzik nyata tiada tolok bandingnya.
Ada orang kata mereka sudah muak bercakap mengenai P Ramlee. Ada juga kata sudah bosan tonton filem P Ramlee kerana kerap sangat disiarkan menerusi kaca TV. Hakikatnya P Ramlee terus hidup dalam jiwa ramai insan dan mereka yang tidak pernah kenal dan lahir selepas kematiannya juga boleh menjadi peminatnya. Apapun alasannya, P Ramlee meninggalkan legasi seni yang tidak akan padam dan terus diperkatakan. Pujian dan kebanggaan terhadap karya P Ramlee bukan sekadar retorik. Seniman Agung itu adalah insan genius dalam bidang seni dan budaya yang dikurniakan Tuhan kepada bangsa Malaysia.
P Ramlee akan terus menjadi perhatian kepada generasi muda hinggakan generasi baru seperti kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah juga kenal siapa P Ramlee. Semuanya kerana filemnya yang boleh menjerat hati kanak-kanak untuk menonton dan menghayati cerita yang disampaikan P Ramlee. Ia bukan semua filem lakonan P Ramlee tetapi kebanyakan filem arahan dan lakonan P Ramlee yang dikategorikan popular seperti komedi Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Labu Labi, Nasib Labu Labi, Do Re Mi, Nasib Do Remi, Masam Masam Manis, Anak Bapak, Keluarga 69, Laksamana Do Re Mi dan banyak lagi. Tiga filem agung P Ramlee yang terus menjadi kajian mereka yang belajar filem di universiti ialah Semerah Padi, Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat.
Kehebatan P Ramlee sentiasa diperkatakan tanpa jemu. Begitu juga dialog dan keletah dalam filem lakonannya juga sering diajuk dan ditiru oleh peminatnya. Ada orang filem juga mencedok idea dan konsep filem P Ramlee. Ia juga dibuat secara tribute dalam bentuk pementasan muzikal dan teater serta orkestra. Ada orang kata mereka sudah muak bercakap mengenai P Ramlee. Ada juga kata sudah bosan tonton filem P Ramlee kerana kerap sangat disiarkan menerusi kaca TV. Hakikatnya P Ramlee terus hidup dalam jiwa ramai insan dan mereka yang tidak pernah kenal dan lahir selepas kematiannya juga boleh menjadi peminatnya. Apapun alasannya, P Ramlee meninggalkan legasi seni yang tidak akan padam dan terus diperkatakan. Pujian dan kebanggaan terhadap karya P Ramlee bukan sekadar retorik. Seniman Agung itu adalah insan genius dalam bidang seni dan budaya yang dikurniakan Tuhan kepada bangsa Malaysia.
P Ramlee akan terus menjadi perhatian kepada generasi muda hinggakan generasi baru seperti kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah juga kenal siapa P Ramlee. Semuanya kerana filemnya yang boleh menjerat hati kanak-kanak untuk menonton dan menghayati cerita yang disampaikan P Ramlee. Ia bukan semua filem lakonan P Ramlee tetapi kebanyakan filem arahan dan lakonan P Ramlee yang dikategorikan popular seperti komedi Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Labu Labi, Nasib Labu Labi, Do Re Mi, Nasib Do Remi, Masam Masam Manis, Anak Bapak, Keluarga 69, Laksamana Do Re Mi dan banyak lagi. Tiga filem agung P Ramlee yang terus menjadi kajian mereka yang belajar filem di universiti ialah Semerah Padi, Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat.
Baca Selanjutnya Di Sumber
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.