KUCHING: Tiga penyelam termasuk dua warganegara Jepun ditemui dalam keadaan selamat selepas mereka dilaporkan hilang ketika pergi menyelam kira-kira 17 batu nautika dari Santubong tengah hari, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner, Mun Kok Keong ketika dihubungi Bernama, berkata penyelam terakhir selamat ditemui kira-kira jam 10.30 pagi tadi di pantai pusat peranginan Damai Puri iaitu warga Jepun Hisashi Koze. Seorang lagi, warga Jepun Satoo Makoto dan rakyat tempatan Chai Teck Hua diselamatkan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam tidak jauh dari tempat mereka menyelam. "Koze dijumpai awal pagi ini dekat pantai pusat peranginan Damai Puri selepas dikatakan berjaya berenang sendiri ke pantai," katanya.
Ketiga-tiga penyelam berkenaan dikatakan sedang membuat eksplorasi dasar laut sedalam 25 meter ke atas sebuah rangka kapal perang Jepun Karoti Maru peninggalan zaman Perang Dunia Kedua.
Rangka kapal perang itu adalah antara lokasi menyelam popular di sekitar perairan Santubong. - BERNAMA
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner, Mun Kok Keong ketika dihubungi Bernama, berkata penyelam terakhir selamat ditemui kira-kira jam 10.30 pagi tadi di pantai pusat peranginan Damai Puri iaitu warga Jepun Hisashi Koze.
Ketiga-tiga penyelam berkenaan dikatakan sedang membuat eksplorasi dasar laut sedalam 25 meter ke atas sebuah rangka kapal perang Jepun Karoti Maru peninggalan zaman Perang Dunia Kedua.
Rangka kapal perang itu adalah antara lokasi menyelam popular di sekitar perairan Santubong. - BERNAMA
sumber Berita Harian Online
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.