SIBU – Tragedi berdarah di Sungai Empawah Khamis lepas yang menyaksikan tiga sekeluarga mati dibunuh, dipercayai oleh tiga warga Indonesia, adalah berpunca daripada satu pergaduhan yang bertukar menjadi ganas antara seorang majikan dengan pekerjanya, dan bukan rompakan bersenjata seperti dikatakan berlaku sebelum ini.
Ketua Polis Sibu, ACP Shafie Ismail berkata, seorang daripada mangsa, Tiong Tang Ming, 69, mengupah tiga lelaki berusia lingkungan 20-an untuk menoreh di ladang getahnya.
Beliau berkata demikian pada sesi dialog bersama pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Sibu diketuai pengerusinya, Datuk Sri Wong Soon Koh yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut kes itu.
Dalam insiden 7.30 malam itu, ketiga-tiga penyerang, dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berhasrat pulang ke negara asal, menyerang Tang Ming selepas dia dikatakan enggan membayar gaji mereka.
Mangsa terbunuh bersama anak lelakinya, Tiong King, 35, dan menantu Teu Lee Mee, 32, yang ingin membantunya.
Dua daripada mereka diberkas polis selepas dikesan menggunakan telefon bimbit mangsa, manakala seorang lagi masih bebas. – Bernama
sumber Link
MENARIK: PERHATIKAN APA YANG PELIK
4 years ago
haiyaaa...macam2 oo
ReplyDelete