KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Polis mengambil keterangan seorang daripada penganjur program kontroversi 'Seksualiti Merdeka 2011' di pejabat Tenaganita, di sini Isnin.
Empat anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields mengambil keterangan Pang Khee Teik kira-kira 4 petang.
Turut diambil keterangan ialah bekas presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga serta aktivis wanita Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez.
Pang ketika ditemui pemberita, berkata beliau turut menyerahkan sepucuk surat kepada anggota polis berkenaan untuk disampaikan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
"Kami memohon untuk bertemu Ketua Polis Negara bagi menjelaskan matlamat kami dan juga menunjukkan kami tidak lakukan apa yang didakwa media," kata Pang.
Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir yang turut berada di pejabat Tenaganita, mempertahankan penganjuran program itu dengan alasan program bertujuan mempertahankan hak asasi manusia.
-- BERNAMA
Sumber Link
MENARIK: PERHATIKAN APA YANG PELIK
4 years ago
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.