KUALA LUMPUR – Bekas pengacara, penulis lirik dan pelakon, Bob Lokman menegaskan dia tidak akan memberi kerjasama kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung waran tangkap terhadapnya kerana gagal memberi keterangan kepada jabatan tersebut. Dia yang dihubungi Kosmo! semalam mendakwa, tindakan penahanannya sebelum ini melibatkan pihak UMNO sehingga waran tangkap dikeluarkan.
“Saya tidak akan bekerjasama dengan JAIS yang berlindung di sebalik UMNO manakala saya pula adalah Pas. Ini adalah prinsip saya,” katanya. Kosmo! semalam melaporkan JAIS mengeluarkan waran tangkap ke atas Bob Lokman pada Jumaat lalu berikutan kegagalan beliau memberi keterangan di pejabat jabatan tersebut baru-baru ini. Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu.
Dia bagaimanapun dibebas dengan jaminan polis. Ditanya apa yang berlaku pada hari kejadian, Bob Lokman mendakwa, dia telah dicemuh oleh seorang anggota penguat kuasa dengan kata-kata yang tidak berasas sehingga menyinggung perasaannya. “Dia kata hampir 85 peratus ahli Pas tidak boleh membaca al-Quran,” jelasnya. Ditanya jika tindakannya itu akan menyebabkan dia ditangkap sekali lagi, katanya, dia tidak mempunyai masalah jika ditangkap. “Itu hak mereka sebab ada enakmen yang membenarkan penangkapan saya tetapi saya jauh sekali untuk memberi kerjasama,” katanya.
Sumber Kosmo
MENARIK: PERHATIKAN APA YANG PELIK
4 years ago
Tangkap jer si Barua ni! Dia ingat dia siapa? Negara ni ada undang2 yg semua org perlu ikut. Nak berceramah ugama kena lah dpt tauliah dulu. Tu anak2 ko yg ko kata tak jadi org, ajar diorg dulu seblm nak ajar org lain. Badan jer besar mcm kerbau, otak mcm kutu. BODOH!!!!
ReplyDelete