credit to indah.com |
BEIJING 8 Feb. - Seorang wanita di wilayah Henan, tengah China melahirkan seorang bayi seberat 7.04 kilogram.
Ia mungkin direkodkan sebagai kelahiran bayi paling berat di China sejak 1949.
Akhbar Tianjin Post semalam melaporkan, ibu berusia 29 tahun itu melahirkan bayi lelaki pada Sabtu lalu menerusi kaedah pembedahan Cesarean.
Proses kelahiran tersebut mengambil masa 20 minit dan ibu serta bayinya yang diberi nama Chun Chun berada dalam keadaan sihat.
Lapor akhbar tersebut, kedua ibu bapa Chun Chun mempunyai saiz fizikal normal dan tidak mengamalkan sebarang diet.
Menurut Guinness World Records, bayi yang dilahirkan seorang wanita Ohio seberat 10.77 kilogram pada 1879 direkodkan sebagai bayi paling berat. - AGENSI
sumber Utusan Online
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.