RIO DE JANEIRO: Seorang wartawan Brazil ditembak mati oleh penyerang tidak dikenali, wartawan kedua ditembak mati kurang daripada dua minggu di negara Amerika Selatan itu.
Pengarang laman berita Mercosul News, Paulo Rodrigues mati di Ponta Para di negeri Mato Grosso do Sul di selatan kira-kira jam 11.30 malam waktu tempatan selepas ditembak beberapa kali oleh dua lelaki yang menunggang motosikal, lapor laman berita itu.
“Laporan awal menyatakan jenayah terhadap wartawan mungkin berunsur politik, tetapi polis juga tidak menafikan wujudnya motif lain,” lapor kenyataan itu.
Rodrigues, 51, juga adalah pengarang akhbar Jornal da Praca. Organisasi wartawan negeri menyeru pihak berkuasa “mengambil tindakan segera bagi memastikan jenayah itu diselesaikan dan pihak yang bersalah dihukum”.
Minggu lalu, Mario Lopes, 50, pengarang laman berita Vassouras na net, yang mengkritik ahli politik tempatan, hakim dan polis ditembak mati bersama teman wanitanya di Rio de Janeiro.
“Kami sedih dengan pembunuhan Paulo Roberto Cardoso Rodrigues,” kata penyalaras program kanan Amerika di Jawatankuasa untuk Melindungi Wartawan (CPJ). “Pembunuhan dua wartawan ini dalam tempoh singkat mencetuskan kebimbangan kepada media Brazil,” katanya. - AFP
Sumber myMetro
Senyum
6 years ago
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.