Lazada Malaysia

PTPTN Pulangkan Hasil Pelarasan Bayaran Balik Pinjaman Sebanyak RM2.72 Juta

TEMERLOH, 25 April (Bernama) -- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memulangkan hasil pelarasan lima peratus kepada tiga peratus hingga satu peratus membabitkan RM2.72 juta kepada seramai 3.2 juta peminjam sehingga 31 Mac lalu.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata, dalam tempoh sama juga PTPTN sudah memberi pinjaman sebanyak RM43.85 bilion kepada 1.96 juta pelajar melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara.

"Sehingga 31 Mac lalu, sepatutnya seramai 1,052,693 peminjam membabitkan peruntukan RM6.84 bilion membayar balik pinjaman, tetapi atas faktor tertentu seperti sakit, melanjutkan pelajaran keluar negara, PTPTN meluluskan penangguhan kepada 31,606 peminjam terbabit," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Minda di perkampungan Orang Asli Penderas petang Selasa.

Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata, sehingga kini PTPTN menerima RM3.8 bilion bayaran balik pinjaman daripada 759,526 peminjam.

Katanya, peminjam yang dikenakan tindakan dan tidak memberikan sebarang jawapan setelah dihubungi PTPTN adalah seramai 261,561 peminjam membabitkan pinjaman RM1.8 bilion.

-- BERNAMA


Blog, Updated at: Wednesday, April 25, 2012

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG