Lazada Malaysia

Pakar motivasi bebas tuduhan bunuh

ALOR SETAR — Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang pakar motivasi daripada tuduhan membunuh seorang ahli perniagaan warga Singapura berhampiran kawasan rekreasi Gunung Jerai, Gurun, tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tan Chia Mooi, 39.

Chia Mooi juga dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Chia Mooi dituduh membunuh Arthur Lee Wee Guan, 58, antara pukul 9.30 malam pada 20 Mac 2011 hingga 2.30 pagi 21 Mac 2011 di kilometer 8.3 Jalan Gunung Jerai, Gurun.

Pertuduhan terhadap Chia Mooi dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk S.Ganeson dan Ranjit Singh Dhillon. — BERNAMA


Blog, Updated at: Monday, May 07, 2012

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG