Lazada Malaysia

Musim Kedua Lawak Ke Der | Tiket laris 2,000 keping dalam 4 hari

credit to http://mstar.com.my
Lawak Ke Der musim kedua bakal di pentaskan bermula 28 September hingga 3 Oktober di panggung Sari, Istana Budaya (IB)  depan. 

KUALA LUMPUR: Tiket pementasan 'stand-up comedy' Lawak Ke Der musim kedua yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) bermula 28 September hingga 3 Oktober depan berjaya dijual sebanyak 2,000 keping hanya dalam masa empat hari.

Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, perkembangan baik itu menunjukkan persembahan daripada pelawak terkenal itu sememangnya dinanti-nantikan oleh penonton walaupun jualan tiket baru dibuka.

"Ini adalah tanda-tanda bahawa persembahan itu nanti akan menjadi perhatian daripada penonton dan tiket dijangkakan akan habis dijual seperti mana yang berlaku semasa musim pertama.

"Perkembangan ini adalah bukti pementasan berkonsepkan komedi mula mendapat perhatian ramai dan keputusan untuk membawa kembali mereka ke pentas IB adalah daripada permintaan peminat," katanya kepada media selepas majlis sidang media Lawak Ke Der 2 di sini pada Selasa.
Persembahan yang dianjurkan oleh Istana Budaya dan NRG Enterprise Sdn Bhd itu akan memperlihatkan kehebatan peserta daripada Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik), Jozan (Johan dan Zizan) serta Harith Iskander.

Dalam pada itu, Mohamed Juhari turut menyarankan pada pementasan itu nanti para pelawak memasukkan elemen nilai-nilai murni yang berguna kepada penonton terutama peminat dikalangan kanak-kanak.

Mohamed Juhari berkata, pihaknya juga amat tegas dengan etika persembahan itu dengan memastikan semua pelawak tidak menyentuh isu-isu sensitif, kaum dan menggunakan kata-kata lucah semasa persembahan.

"Pada musim pertama kesemua pelawak mengikut semua peraturan dengan baik dan saya berharap untuk musim terbaru ini mereka akan mengekalkan perkara itu," jelasnya.

Sementara itu, Mohamed Juhari berkata, untuk musim terbaru ini, pihak IB akan menambah dua persembahan siang pada 29 dan 30 September yang bermula pada pukul 3 petang dan penambahan itu adalah sebagai menghargai sokongan penonton.

Harga tiket adalah RM193, RM173, RM123, RM83 dan RM43 manakala harga persembahan petang pula adalah RM123, RM83, RM73, RM53 dan RM33.

Tiket boleh dibeli menerusi laman web www.ticket2u.biz atau menghubungi 03-4147 8600.
 sumber http://mstar.com.my


Blog, Updated at: Wednesday, September 12, 2012

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG