SARATOK - Bekas timbalan ketua menteri Sarawak Datuk Amar Dunstan Endawie
Enchana meninggal dunia di Hospital Saratok di sini awal pagi ini. Beliau
berusia 78 tahun.
Endawie, yang menyandang jawatan itu dari 1977 hingga 1979 meninggalkan
seorang isteri dan lima anak, empat lelaki seorang perempuan.
Menurut seorang anggota keluarganya, Endawie dihantar ke hospital itu
semalam dan meninggal dunia pada pukul 4 pagi ini.
Mayatnya dibawa pulang ke kediamannya di Taman Indah, Saratok sejam
kemudian.
Endawie akan disemadikan di Saratok Memorial Hill, Bukit Perabun, Saratok
pada 17 April.
Bekas presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) ini juga merupakan anggota
Majlis Tertinggi Sarawak pertama (anggota Kabinet negeri). Beliau dilantik menganggotai
majlis itu pada 22 Julai 1963, sejurus selepas Sarawak mencapai kemerdekaan
daripada British pada hari sama.
Berita selanjutnya di SARAWAKIANA
MENARIK: PERHATIKAN APA YANG PELIK
4 years ago
salam takziah..
ReplyDelete