Lazada Malaysia

PERODUA | Myvi XT Model Baru Harga Lama

photo credit to myMetro


Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) menyasarkan jualan 1,600 unit bagi varian terbaru menerusi Myvi XT yang direka khas bagi golongan Gen Y dan Z dengan harga jualan bermula RM41,936.45.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model terbaru itu ditambah dengan aksesori bernilai RM1,600, tetapi harga jualannya masih lagi sama dan tidak berubah.

“Ia disasarkan kepada penuntut dan lepasan universiti yang mahukan kenderaan lebih luas dan berprestasi, selain ditawarkan harga kompetitif.

“Pada masa sama, kita juga memperkenalkan skim graduan iaitu ‘What’s Up!’ sekali gus menjadi pakej terbaik kepada golongan muda yang mahu memiliki kenderaan jenama PERODUA,” katanya selepas pelancaran PERODUA Myvi XT, di sini, semalam.

Aminar Rashid berkata, skim itu ditawarkan kepada penuntut universiti dan graduan selepas setahun menamatkan pengajian di mana mereka berpeluang memiliki baucar RM500 PERODUA, kad petrol bernilai RM500 dan polisi kemalangan untuk setahun yang berjumlah RM20,000.

Bagi model itu, ia dilengkapi rim aloi, kerusi balutan fabrik dan sistem audio yang ditingkatkan dengan sambungan USB serta Bluetooth.


sumber


Blog, Updated at: Friday, April 11, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG