KUCHING: Lori sarat muatan roti tumbang dan nyaris mengorbankan nyawa pemandu dan kelindannya di Jalan BDC di sini, petang semalam.
Difahamkan, kedua-dua mangsa yang berusia sekitar 30-an itu terperangkap di dalam lori berkenaan menyebabkan mereka terpaksa dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba dan penyelamat dalam insiden yang berlaku sekitar jam 4.45 petang.
Menurut saksi, semasa kejadian lori berkenaan yang datang dari Stutong dalam perjalanan menuju ke arah pasar BDC apabila ia gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok.
“Impak pelanggaran itu, lori tersebut yang membawa muatan roti tumbang menyebabkan pemandu dan kelindannya tersepit dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba,” katanya.
Kedua-dua mangsa yang tercedera kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh pihak ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sumber turut memberitahu, kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk sehingga selesai kerja-kerja menyelamat dilakukan di tempat kejadian.-Utusan Borneo
MENARIK: PERHATIKAN APA YANG PELIK
4 years ago
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.