Lazada Malaysia

Adenan Mahu Jadi Ketua Menteri Semua Kaum

KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem akan memastikan be­liau menjadi Ketua Menteri kepada semua kaum dan bu­kan satu kaum sahaja demi keharmonian dan kestabilan negeri dan rakyat.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyar­akat Dato Sri Wong Sooh Koh yang ditemui selepas sesi dialog Ketua Menteri bersama kira-kira 400 orang masyarakat Cina di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.


Menurut Wong, Ketua Menteri akan membuktikan kesungguhan beliau untuk menjadi Ketua Menteri ke­pada semua kaum menerusi tindakan dan bukan sekadar ungkapan di bibir.

“Ketua Menteri telah mem­beri respons yang positif kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh wakil-wakil kaum Cina pada dialog hari ini dan ada antaranya da­pat diselesaikan serta-merta dan ada juga yang memerlu­kan sedikit masa.

“Sebagai contoh, tanah yang diberikan kepada Se­kolah Menengah Persendirian Cina seluas 2,000 ekar yang disifatkan sebagai sukar untuk dibangunkan dan memakan tempoh yang lama untuk menjana pulangan.

“Richard Wee bagi pihak Trust Fund Unit telah menge­mukakan isu tersebut dan telah memohon alternatif lain dari­pada kerajaan negeri untuk membantu pihak sekolah.

“Ketua Menteri dalam ja­wapan balasnya, berkata jika mereka tidak mahukan tanah tersebut atas alasan sukar dan sebagainya mereka boleh memulangkan semula kepada kerajaan dan mencari tanah lain yang bersesuaian sama ada tanah komersial mahupun tanah kerajaan bagi tujuan  yang sama,” ujar Wong.

Mengulas mengenai dialog itu semalam, Wong menyi­fatkannya sebagai satu pro­gram yang berjaya dan ia akan dilanjutkan ke bahagian utara, tengah dan selatan Sarawak bagi membolehkan kaum Cina di kawasan berkenaan menge­mukakan masalah mereka.

“Tujuan dialog ini diadakan adalah untuk membolehkan pemimpin masyarakat serta wakil-wakil kaum Cina dari­pada pelbagai latar belakang menyuarakan harapan, per­masalahan termasuk kekece­waan mereka kepada Ketua Menteri.

“Sebagai contoh, mereka yang hadir hari ini bercakap mengenai harapan mereka agar diberi peluang yang sama rata dalam bidang pekerjaan, perniagaan, pendidikan dan bidang-bidang lain yang dinikmati kaum lain di negeri ini,” ujarnya.

Disertai kira-kira 400 pe­serta dari seluruh Sarawak, sesi dialog itu semalam ber­langsung hampir dua jam mulai jam 3.00 petang hingga 5.00 petang disusuli dengan jamuan petang.

Turut hadir pada dialog itu semalam Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pem­bangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah serta yang lain. -utusan borneo


Blog, Updated at: Friday, June 27, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG