SERIAN: Rakyat seharusnya tidak mendengar tuduhan pembangkang yang mendakwa kerajaan merampas tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) termasuk inisiatif baharu di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.
Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, isu berkenaan adalah cakap kosong pihak pembangkang terutamanya semasa pilihan raya.
“Saya amat kecewa semasa Pilihan Raya Negeri lepas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberitahu orang ramai dan menggunakan risalah bahawa tiga suku tanah di Serian ini adalah milik saya.
“Begitu juga Datuk Roland Sagah (ADUN Tarat) yang didakwa pembangkang memiliki hampir semua tanah di Serian termasuk kampung yang menerima warta hari ini (semalam).
“Jika benar ia milik kami berdua, kami berdua sepatutnya menerima surat hari ini (semalam) tetapi berdasarkan majlis penyerahan yang diadakan ini, ternyata ia membuktikan bahawa kata-kata pembangkang adalah salah dan tidak masuk akal,” katanya.
Beliau yang juga ADUN Tebedu berkata demikian berucap pada Majlis Penye-rahan Warta Riazab Gunasama (Pertanian) Bumi-putera Bahagian Samarahan yang dihadiri Roland Sagah dan ADUN Muara Tuang Dato Sri Mohammad Ali Mahmud di Dewan Masyarakat Serian di sini, semalam.
Majlis menyaksikan tiga kawasan iaitu kawasan Tarat, Segenam dan Batang Samarahan yang berkeluasan 1,625.17 hektar menerima warta berserta pelan yang diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.
Manyin menambah, sebaliknya kerajaan melalui Jabatan Tanah dan Survei (JTS) komited untuk me-ngukur perimeter tanah dan menyukat lot individu untuk memberikan surat hak milik tanah yang memberi pelbagai manfaat kepada Bumiputera.
Bagaimanapun, usaha sedemikian tidak dapat dilaksanakan dalam masa sehari dua, tetapi memakan masa yang panjang.
“Misalnya bagi kategori tanah kawasan Bumiputera, ia perlu disukat bagi membolehkan mereka mendapat surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.
“Dengan berbuat demi-kian ia membolehkan mereka memiliki tanah berkenaan selama-lamanya kerana ia tiada had tempoh selain tidak akan dikenakan cukai,” jelasnya.
Beliau menegaskan, pada 1 Januari 1958 dan tahun sebelumnya tanah Bumiputera akan dikategorikan sebagai NCR dan keba-nyakannya belum disukat serta belum mendapat hak milik.
“Bagaimanapun, kita ada hak menuntutnya walaupun belum ada surat hak milik, maka itu JTS komited untuk menyukat perimeter dahulu kemudian menyukat lot individu, untuk memberikan surat hak milik kepada mereka yang layak,” katanya.
Manyin pada masa yang sama turut berharap ketua kaum dan masyarakat memberi kerjasama kepada jabatan dalam melaksanakan kerja penyukatan bagi mengelak sebarang per-tindihan tanah. -utusan borneo
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.