KUCHING: Skuad Ngap Sayot gagal meneruskan rentak kemenangan apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Lions XII FC pada perlawanan Liga Super 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi.
Sarawak beraksi dengan baik malam tadi meskipun beberapa pemain tonggak masih belum cergas sepenuhnya setelah mengalami kecederaan.
Dengan hanya mengutip satu mata di tempat lawan, Sarawak meraih 29 mata setakat ini sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam kelompok enam pasukan terbaik saingan Liga Super musim depan.
Sarawak akan meneruskan perjuangan kancah Liga Super musim ini menentang Pahang di laman sendiri, Stadium Negeri Kuching pada Selasa ini (17 Jun).
Selepas berdepan dengan Pahang, Sarawak bakal menghadapi baki dua perlawanan iaitu bertemu Selangor di kandang lawan, Stadium Shah Alam pada 21 Jun (Sabtu).
Ngap Sayot menutup tirai Liga Super dengan menentang JDT di Stadium Negeri Kuching pada 25 Jun (Rabu) depan. -utusan borneo
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.