KUALA LUMPUR - Golongan orang kurang upaya (OKU), pesara kerajaan dan pemilik kediaman yang menduduki sendiri ditawarkan rebat 10 peratus ke atas cukai taksiran pada tahun ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sehingga 31 Mac lalu, pihaknya menerima kira-kira 17,444 permohonan itu bagi tiga golongan yang layak menerima rebat tersebut.
"Apa juga OKU, pesara dan pemilik kediaman bayar tahun lepas, tahun ini kita beri 10 peratus pengurangan jumlah taksiran yang perlu dibayar.
"Kami harap pemilik, pesara dan OKU ini untuk memberi maklum balas kepada DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) untuk mendapatkan rebat itu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan 'Sesi Town Hall Keputusan Penilaian Semula Hartanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Komplesk Sukan Bangsar, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Tengku Adnan menambah, rebat 10 peratus itu telah dibentang dan diluluskan kabinet pada dua minggu lalu, setelah mengambil pertimbangan kepada kekangan kos hidup rakyat.
Ditanya tentang kadar cukai pintu bagi tahun depan, beliau berkata ia bergantung kepada keadaan semasa, sama ada kekal atau ada pengurangan.
Selain itu, kenaikan 25 peratus pula dikenakan terhadap bangunan komersial dan selepas sesi perbincang, kebanyakan pemiliknya bersetuju dengan kadar itu.
"Sebanyak RM130 juta tambahan cukai taksiran yang akan dikutip pada tahun ini, berbanding RM800 juta pada tahun lepas.
"Bagaimanapun jumlah itu lebih rendah berbanding kos operasi pada tahun ini iaitu RM1.2 bilion yang semakin meningkat setiap tahun termasuk kos kutipan sampah, kenaikan gaji kakitangan DBKL dan sebagai," katanya lagi. -sinar harian
MENARIK: PERHATIKAN APA YANG PELIK
4 years ago
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.