KUCHING: Dua budak lelaki diperdaya samseng kampung apabila ditawarkan bersiar-siar menaiki motosikal mereka selepas pulang dari sekolah sebelum dirompak, semalam.
Menurut sumber, kedua-dua mangsa yang berusia 10 dan 14 tahun ketika kejadian berjalan pulang dari sekolah mereka di Rampangi di sini apabila didatangi dua lelaki sekitar jam 1 petang.

Dua lelaki tersebut yang dipercayai samseng kampung telah mengajak mangsa bersiar-siar di sekitar kawasan kampung sebelum berjanji akan menghantar mereka pulang.
“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa yang terperdaya kemudian dibawa ke satu kawasan sunyi di kampung berkenaan sebelum mereka ditolak jatuh dari atas motosikal.
Mangsa yang tercedera kemudian terus pulang ke rumah mereka sebelum mereka dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.
gambar dari borneo post |
Difahamkan, kedua-dua mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian.
Sementara itu dalam satu kejadian berasingan, seorang pengawal keselamatan mengalami kecederaan di dahinya dipercayai akibat dicucuk alat pemutar skru di sebuah kilang petang kelmarin.
Sumber memberitahu, mangsa, 31, dari Kampung Pulo Ulu semasa kejadian sedang bertugas dan bertindak menahan seorang lelaki yang dilihat mencurigakan di kawasan kilang di Demak Laut itu sekitar jam 4 petang.
“Berlaku pertengkaran di antara mereka selepas itu, di mana mangsa telah ditikam di dahinya dipercayai menggunakan alat pemutar skru sebelum suspek beredar dari tempat kejadian,” kata sumber.
Mangsa yang berlumuran darah segera mendapatkan bantuan dan dikejarkan ke HUS untuk rawatan. -Utusan Borneo

0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.