Lazada Malaysia

Kemalangan | Sangkut Pagar Besi, Koyak Kelopak Mata

KUCHING: Gara-gara tidak memakai tali pinggang keselamatan, seorang nenek terkoyak kelopak matanya selepas van yang dinaikinya berhenti secara tiba-tiba menyebabkan dia tercampak dari tempat duduknya.


Difahamkan, wanita berusia 51 tahun itu semasa kejadian bersama suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Pending di sini selepas menghantar cucu mereka ke sekolah sekitar jam 6.30 pagi.

Bagaimanapun, semasa tiba di bulatan Jalan Pending, suami mangsa dikatakan memberhentikan van yang dipandunya secara mengejut untuk mengelak daripada melanggar kenderaan lain.

“Dia (mangsa) yang duduk di bahagian belakang dan tidak memakai tali pinggang keselamatan tercampak ke hadapan menyebabkan bahagian mukanya terkena pada pagar besi di dalam van tersebut.

“Ekoran itu, kelopak bawah matanya dikatakan tersangkut pada besi berkenaan sehingga menyebabkan ia terkoyak,” kata sumber.

Melihat keadaan tersebut, suami mangsa segera membawa mangsa ke klinik berdekatan, namun terpaksa dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan stabil dan masih dirawat di HUS.

Sementara dalam kejadian berasingan, seorang lelaki warga emas dikejarkan ke HUS selepas dia dikatakan dilanggar sebuah van di Jalan Setia Raja di sini, pagi semalam.

Mangsa, 60-an, semasa kejadian dikatakan berjoging di tepi jalan tersebut sebelum sebuah van yang datang dari arah belakang melanggarnya dan terus beredar dari tempat kejadian.

Orang awam yang melihat kejadian tersebut bergegas membantu mangsa sebelum dia dikejarkan ke HUS oleh pihak ambulans selepas itu. -Utusan Borneo


Blog, Updated at: Friday, August 29, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG