KUCHING: Seorang remaja perempuan mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinya selepas diugut akan dimalukan dengan menyebarkan sesuatu yang mengaibkan di laman sosial Facebook (FB).
Mangsa, 15, berasal dari Petra Jaya pada mulanya dikatakan berkenalan dengan suspek berusia 18 tahun itu melalui FB sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Hasil perkenalan tersebut, mangsa dikatakan telah keluar bersama suspek di mana dia telah dirogol suspek yang mengugut akan menghebohkan perkara itu jika mangsa melaporkannya kepada sesiapa.

gambar hiasan |
Gara-gara takut, mangsa berdiam diri dan dihubungi suspek sehingga awal semalam dan meminta mangsa datang ke rumahnya di Kampung Sourabaya Ulu.
Mangsa dikatakan menunggu sehingga kesemua ahli keluarganya tidur sebelum menyelinap keluar sekitar jam 3 pagi untuk bertemu dengan suspek yang didakwa memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya sekali lagi.
Suspek kemudian meminta seorang rakannya menghantar mangsa pulang di mana ahli keluarga mangsa ketika itu sedang menunggunya dengan perasaan marah selepas menyedari dia tidak berada di rumah.Mangsa dikatakan menunggu sehingga kesemua ahli keluarganya tidur sebelum menyelinap keluar sekitar jam 3 pagi untuk bertemu dengan suspek yang didakwa memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya sekali lagi.
Mereka dikatakan terus membelasah rakan suspek yang menghantar mangsa sebelum mangsa memberitahu perkara sebenar dan ibu bapa mangsa kemudian membawanya membuat laporan polis berhubung kejadian. -Utusan Borneo
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.