ASAJAYA: Masalah kekurangan bekalan air bersih yang dialami penduduk di kawasan Asajaya dan Sadong Jaya dijangka akan berakhir dalam tempoh beberapa minggu lagi sebaik projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) bagi kawasan-kawasan ber-kenaan siap menjelang bulan depan.
Menurut Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, projek bernilai RM53.7 juta itu merupakan penyelesaian jangka panjang bagi masalah kekurangan bekalan air bersih di kedua-dua kawasan ter-sebut menerusi pembekalan oleh Lembaga Air Kuching (LAK) bagi menampung bekalan air di Loji Rawatan Air Asajaya.
Tambah beliau, projek yang dijadual siap sepenuhnya pada 15 September itu merangkumi komponen seperti stesen penggalak, tangki simpanan air paras tinggi serta saluran paip sepanjang 27 kilometer dari Tambirat ke Asajaya dan Sadong Jaya.
Menurut Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, projek bernilai RM53.7 juta itu merupakan penyelesaian jangka panjang bagi masalah kekurangan bekalan air bersih di kedua-dua kawasan ter-sebut menerusi pembekalan oleh Lembaga Air Kuching (LAK) bagi menampung bekalan air di Loji Rawatan Air Asajaya.
Tambah beliau, projek yang dijadual siap sepenuhnya pada 15 September itu merangkumi komponen seperti stesen penggalak, tangki simpanan air paras tinggi serta saluran paip sepanjang 27 kilometer dari Tambirat ke Asajaya dan Sadong Jaya.
“Dengan siapnya projek ini, ia akan membolehkan LAK membekalkan air bersih bukan sahaja ke kawasan Asajaya tetapi meliputi keseluruhan Sadong Jaya,” katanya pada sidang media selepas meng-adakan lawatan ke Loji Rawatan Air Asajaya di sini, semalam.
Pelaksanaan Projek BALB dari Tambirat ke Asajaya dan Sadong Jaya telah dimulakan pada 2011 dan sepatutnya siap sepenuhnya pada 2013.
Bagaimanapun, berlaku kelewatan panjang dalam pelaksanaan projek tersebut iaitu mencecah tempoh hampir tiga tahun disebabkan masalah dialami kontraktor.
Kontraktor bertanggung-jawab kemudian diberi tempoh lanjutan untuk menyiapkan sepenuhnya projek terbabit dengan tempoh ditetapkan adalah sehingga 15 September.
Justeru, Awang Tengah berharap dengan siapnya projek tersebut, Loji Rawatan Air Asajaya dalam jangka panjang akan ditukar kepada sebuah stesen penggalak supaya ia dapat meningkatkan tekanan air untuk diagihkan ke kawasan yang lebih luas.
Tambah beliau, fasa se-terusnya adalah rancangan tambahan, juga akan dibuat di Asajaya selain pelan sokongan di Sadong Jaya untuk menaik taraf stesen penggalak bagi mengoptimumkannya.
Terdahulu, Awang Tengah berkata operasi bekalan air di Loji Rawatan Air Asajaya kini kembali normal ekoran hujan sejak dua hari lepas.
Jelas beliau, kapasiti bekalan air di Loji Rawatan Air Asajaya adalah 8MLD dengan sumber bekalan air mentah adalah dari Sungai Asajaya.
Dalam pada itu, katanya sebahagian daripada daerah Asajaya juga telah dibekalkan dengan air bersih menerusi LAK sebanyak 8MLD bagi menampung permintaan ke-seluruhan 15MLD sehari dari kawasan Asajaya sehingga ke Sadong Jaya melibatkan 38,000 penduduk (7,200 penyambungan meter).
Selain itu, Awang Tengah berkata Loji Rawatan Air Asajaya dan LAK juga akan membantu membekalkan air bersih kepada penduduk di kampung-kampung yang masih terjejas ekoran cuaca panas dan kering yang sedang melanda.
“Kami telah mengarahkan Loji Rawatan Air Asajaya dan LAK membantu dalam penghantaran air ke kampung terjejas dan ia bukan sahaja kepada kampung yang dapat dihubungi melalui jalan raya tetapi juga ke kampung yang tidak dapat dihubungi melalui jalan raya,” katanya.
Sementara, Awang Tengah berkata pihaknya akan meneruskan kerja pembenihan awan di mana ia sepatutnya dilakukan semalam tetapi tertunda disebabkan masalah untuk mendapatkan pesawat.
“Kami sedang mengusaha-kannya sekarang… seperti yang diarahkan, tumpuan adalah di kawasan paling teruk terjejas terutama di Simunjan dan Asajaya/Sadong Jaya selain meliputi seluruh negeri.
“Kami menjangkakan kemarau akan berterusan se-hingga awal September seperti yang dimaklumkan Jabatan Meteorologi walaupun berlaku hujan di satu dua tempat dan saya berasakan sekarang adalah masa terbaik untuk menjalankan pembenihan awan,” katanya.
Turut hadir Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin, Menteri Muda Perancangan Sumber Datuk Mohd Naroden Majais, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang dan ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo. -Utusan Borneo
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.