Lazada Malaysia

Mayat Pengarah Pasar Raya Besar Ditemui Dalam Longkang

KUCHING, 4 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah longkang di Jalan Tun Abdul Razak di sini awal pagi Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad, semasa pasukan kereta peronda MPV sedang membuat rondaan di Jalan Tun Abdul Razak, mereka telah menjumpai sebuah kereta jenis BMW ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan enjinnya masih hidup tetapi tiada orang di dalamnya.

Katanya setelah membuat pemeriksaan di kawasan sekitar polis menemui seorang lelaki tertiarap di dalam longkang.

Mangsa dikenali sebagai Alan Chong Tchong Kong, 56, seorang pengarah sebuah pasar raya besar dan berasal dari Miri.

"Siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang kesan pergelutan, tiada senjata dijumpai dan barang peribadi mangsa dalam keadaan baik," katanya pada sidang akhbar selepas majlis himpunan bulanan Ibu pejabat Polis Daerah Kuching di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya kulit pada bahagian atas kepala mangsa terkopek, dipercayai akibat terjatuh ke dalam longkang.

Katanya jarak antara kereta dan mayat dijumpai lebih kurang 10 meter.

Selain itu, katanya pemeriksaan pasukan forensik tidak menjumpai apa-apa keterangan berunsur jenayah.

Beliau berkata siasatan mendapati mangsa sedang berada di sini untuk menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

Mayat mangsa dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat. -Bernama


Blog, Updated at: Thursday, September 04, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG