Lazada Malaysia

Rosmah ucap takziah, simpati kepada warga Jepun

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, semalam melahirkan rasa simpati dan menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Jepun berikutan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Matahari Terbit itu Jumaat lalu.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) mendoakan mereka yang terselamat dalam malapetaka itu dapat kembali meneruskan kehidupan seperti sedia kala.
“Saya sebagai ibu dan isteri berasa amat sedih apabila melihat banyak nyawa yang terkorban. Saya diberitahu ada kereta api yang berlanggar... cuba bayangkan kemusnahan yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang walkathon ‘Walk For Children: 1Malaysia Goes Green’ di Dataran Merdeka di sini.
 
Gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter menggegarkan Jepun pada tengah hari Jumaat lalu dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang melanda wilayah timur laut negara itu serta mengorbankan sekurang-kurangnya 1,300 orang.


Blog, Updated at: Monday, March 14, 2011

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG