Lazada Malaysia

Lori Sarat Roti Tumbang Nyaris Ragut Dua Nyawa

KUCHING: Lori sarat mua­tan roti tumbang dan nyaris mengorbankan nyawa pe­mandu dan kelindannya di Jalan BDC di sini, petang semalam.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang berusia sekitar 30-an itu terperangkap di dalam lori berkenaan menyebabkan mereka terpaksa dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba dan penyelamat dalam insiden yang berlaku sekitar jam 4.45 petang.

Menurut saksi, semasa kejadian lori berkenaan yang datang dari Stutong dalam perjalanan menuju ke arah pasar BDC apabila ia gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok.

“Impak pelanggaran itu, lori tersebut yang membawa mua­tan roti tumbang menyebab­kan pemandu dan kelindannya tersepit dan terpaksa dikelu­arkan dengan bantuan pihak bomba,” katanya.

Kedua-dua mangsa yang tercedera kemudian dike­jarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh pihak ambulans untuk mendap­atkan rawatan lanjut.

Sumber turut memberi­tahu, kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk sehingga selesai kerja-kerja menye­lamat dilakukan di tempat kejadian.-Utusan Borneo


Blog, Updated at: Wednesday, May 21, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG