Lazada Malaysia

Beri Sokongan Padu Kepada Kerajaan

KUCHING: Rakyat perlu terus bersatu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dalam usaha memastikan program transformasi dilaksanakan mencapai objektif.
Ahli Parlimen Mukah, Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad berkata sokongan padu rakyat berbilang kaum dalam usaha mentransformasikan negara menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
“Sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakyat amat mustahak bagi memastikan usaha mentransformasikan negara menjadi negara berpendapatan tinggi menjadi kenyataan,” katanya ketika merasmikan Seminar Kepimpinan Belia/Remaja anjuran Persatuan Melanau Dalat, baru-baru ini.
Mengenai seminar itu, Toyad berkata ia bukan sahaja memberi kepentingan kepada masyarakat Melanau tetapi menyatupadukan kaum-kaum lain dalam usaha menjayakan gagasan 1Malaysia.
Menurutnya, usaha persatuan itu menganjurkan beberapa siri seminar keibubapaan selama ini dan seminar kepimpinan belia/remaja merupakan suatu yang amat dialu-alukan serta mendapat sokongan penuh daripada beliau.
Pada majlis itu, beliau mengumumkan sumbangan RM5,000 kepada Persatuan Melanau Dalat untuk membolehkan persatuan itu menjalankan program-program kemasyarakatan yang telah dan akan dirancangkan.
Terdahulu, Pengerusi Persatuan Melanau Dalat Ibrahim M. Mekir memberitahu seminar kepimpinan itu dihadiri seramai 30 peserta yang dipilih dari daerah Dalat dan merupakan siri keempat dianjurkan persatuan itu tahun ini.
Sementara itu, katanya, persatuan itu akan menganjurkan seminar khas untuk seramai 40 ibu tunggal selama dua hari iaitu pada 15 dan 16 Disember ini dan merupakan seminar terakhir dianjurkan tahun ini.
Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Kenil Jeraie, Pegawai Penerangan LPPK Negeri Sarawak Fairul Desa, Ibrahim M. Mekir dan timbalannya, Benedick Pon Akei serta ketua-ketua masyarakat.

sumber Borneo post online


Blog, Updated at: Thursday, December 06, 2012

1 comments:

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG