Lazada Malaysia

Bacaan IPU terus kekal pada paras sederhana di Sarawak

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi negeri ini secara keseluruhannya terus kekal pada paras sederhana (51-100) setakat jam 11 pagi semalam.

Bagaimanapun, berlaku sedikit peningkatan bagi bacaan IPU di Kuching iaitu 83 berbanding 79 untuk tempoh yang sama, Ahad lepas.

Samarahan turut mencatat peningkatan bacaan IPU kepada 77 berbanding 72 yang dicatat setakat jam 11 pagi Ahad lepas.

Berdasarkan maklumat terkini yang dikeluarkan dalam laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar semalam, lima lagi kawasan iaitu Bintulu, Kapit, Limbang, Sarikei dan Sri Aman masing-masing mencatat bacaan IPU di paras sederhana kurang daripada 60 manakala dua lagi kawasan, ILP Miri dan Sibu berada pada paras baik (0-50).

Klik Sini untuk berita selanjutnya.

Sumber Borneo post online


Blog, Updated at: Tuesday, October 09, 2012

1 comments:

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG