"Jika 10,000 tiket itu habis lebih awal iaitu sebelum jam 5 petang (hari
ini), harap penyokong tidak marah-marah kerana baki 10,000 tiket lagi
akan dijual pada Jumaat (esok)," kata Abdullah ketika ditemui, semalam.
Kuching: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) hanya akan menjual 10,000 keping tiket di kaunter Stadium Negeri, hari ini manakala baki 10,000 keping lagi akan dijual, esok.
Ia bagi memastikan penyokong mempunyai tempoh dua hari untuk membeli keseluruhan 20,000 tiket yang disediakan bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Sarawak dan Pahang di stadium berkenaan, Sabtu ini.
Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julaihi berkata, tidak adil buat persatuan itu untuk menjual semua 20,000 tiket itu, hari ini kerana hebahan awal sudah dibuat bahawa ia akan dijual hari ini dan esok.
"Untuk jualan pada Khamis (hari ini) dan Jumaat (esok), kaunter akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Saya jangka esok (hari ini) penyokong seawal 8 pagi akan mula beratur.
"Jika 10,000 tiket itu habis lebih awal iaitu sebelum jam 5 petang (hari ini), harap penyokong tidak marah-marah kerana baki 10,000 tiket lagi akan dijual pada Jumaat (esok)," kata Abdullah ketika ditemui, semalam.
Klik sini untuk berita penuh (sumber)
MENARIK: PERHATIKAN APA YANG PELIK
4 years ago
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.