Lazada Malaysia

KES PECAH RUMAH | Mangsa Diminta Tampil Kenal Pasti Barang Curi

photo credit to Borneo post online

KUCHING: Polis memohon orang ramai di sekitar bandar raya ini yang mengalami kes pecah rumah baru-baru ini untuk tampil ke Balai Polis Simpang Tiga bagi mengenal pasti beberapa barang curi.
Barang-barang itu yang merangkumi pelbagai jam termasuk jenama Rolex, beberapa keping duit mata wang asing, telefon bimbit, komputer riba, beberapa set kunci serta kereta Mitsubishi Airtrek, Perodua Kancil dan Proton Iswara.
Pegawai bertanggungjawab ialah Inspektor Dorairajah yang boleh dihubungi di talian 013-5603340 atau anda boleh datang ke Simpang Tiga untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bertugas.
Barangan itu berjaya ditemui semula oleh polis susulan tangkapan geng pecah rumah dan curi kenderaan pada hujung minggu lepas.

Pada Sabtu lepas kira-kira jam 11 pagi, sepasukan polis Unit Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching berjaya menangkap seorang lelaki berusia 25 tahun yang memilik rekod jenayah lampau serta aktif dalam kegiatan mencuri kenderaan bersama seorang suspek berusia 22 tahun di sebuah rumah di Taman Three Hills, di sini.
Kedua-dua suspek yang dikatakan sepupu itu sedang memasang nombor pendaftaran palsu pada sebuah kereta jenis Perodua Kancil ketika serbuan itu dibuat.
Manakala suspek berusia 36 tahun berasal dari Bintangor ditangkap di sebuah hotel bajet di Padungan, di sini.
Suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah kilang di Bintawa, tempat dia meninggalkan kereta Mitsubishi Airtrek, yang dipercayai digunakan kumpulan itu untuk menjalankan kes-kes pecah rumah sejak beberapa minggu lepas.
Turut dirampas pada hari tersebut adalah pelbagai barangan curi termasuk alat-alat yang digunakan oleh kumpulan itu memecah masuk rumah dan mencuri kereta.

sumber Borneo Post Online


Blog, Updated at: Tuesday, October 22, 2013

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG