Seorang lelaki hilang dan dikhuatiri lemas di sungai Rajang Sibu Sarawak.Mangsa yang bekerja sebagai kelindan lori di sebuah syarikat di sini, dikenali sebagai Wilson Brarie David, 19, dari Rumah Betong Begol/ Lot 431 Tanjung Latap di sini.
gambar hiasan |
SIBU: Kegirangan sekumpulan lelaki bermain bot menggunakan enjin pam air, berakhir dengan tergedi apabila salah seorang rakan mereka hilang dan dikhuatiri lemas di Sungai Rajang.
Mangsa yang bekerja sebagai kelindan lori di sebuah syarikat di sini, dikenali sebagai Wilson Brarie David, 19, dari Rumah Betong Begol/ Lot 431 Tanjung Latap di sini.
Seorang saudara mangsa yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi semalam berkata, kejadian berlaku awal petang kelmarin berhampiran jambatan SK Tanjung Latap.
“Mangsa tiba agak lewat daripada kami semua, sebelum dia meminta kebenaran untuk meminjam bot berkenaan.
“Saya yang tidak menyangka berlaku perkara buruk bersetuju meminjamkan bot kepadanya,” ujarnya sambil mendakwa mangsa tidak pandai berenang.
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.