Lazada Malaysia

Polis Limbang Rampas Senjata Api Tiruan Di Pasar Raya

Gambar hiasan
LIMBANG, 14 Okt (Bernama) -- Polis merampas 29 unit barangan perhiasan dan pemetik api berbentuk senjata api seperti pistol, senapang serta bom tangan yang dijual di sebuah pasar raya di sini Isnin.
Timbalan Ketua Polis Limbang DSP Daniel Desmond Benjamin berkata dalam serbuan 10.30 pagi itu polis turut menahan dua wanita berusia awal 20-an bagi membantu siasatan.

"Kita percaya barangan ini dibawa masuk dari negara China atau Indonesia kemungkinan melalui pos atau kontena," katanya kepada Bernama di sini.
Menurut Daniel, siasatan awal polis mendapati dua wanita terbabit tidak tahu penjualan barangan berkenaan adalah satu kesalahan.
"Kita kini mencari pemilik barangan terbabit iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an," katanya menambah setiap barangan dijual pada harga antara RM80 dan RM100.

Beliau berkata penjualan secara terbuka barangan menyerupai senjata api itu amat membimbangkan kerana boleh disalah guna untuk tujuan jenayah.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara 12 bulan jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA


Blog, Updated at: Monday, October 14, 2013

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG