Lazada Malaysia

Adun Klawang cedera terjatuh

SEREMBAN - Adun Klawang, Datuk Yunus Rahmat patah tulang rusuk akibat terjatuh ke dalam longkang di Ampangan di sini, semalam.
  
Kejadian itu berlaku pada kira-kira 6.45 petang ketika Yunus sedang berjalan menuju ke sebuah kedai gunting rambut.
  
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Jalaluddin Alias berkata Yunus kini dirawat di Hospital Pakar KPJ Seremban.
  
"Keadaannya stabil dan memerlukan rawatan lanjut," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. - Bernama


Blog, Updated at: Sunday, May 18, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG