Lazada Malaysia

Bas Terbabas: Penumpang Dan Pemandu Selamat

MIRI: Seramai 39 penumpang dan dua pemandu terselamat setelah bas yang mereka naiki terbabas di tepi jalan dalam kejadian sekitar jam 1 pagi semalam berdekatan Similajau, Bintulu.

Bas berkenaan dalam perjalanan ke Kuching dari Terminal Bas Pujut Miri.

Penyelia syarikat bas di Miri, Langit Enchang, 52, ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan tentang kejadian tersebut sekitar jam 1 pagi.


“Setelah menerima panggilan kecemasan itu, saya terus menghubungi cawangan kami di Bintulu untuk pergi ke tempat kejadian dan membantu mangsa,” katanya.

Langit yang turut berada di tempat kejadian memberitahu, bas tersebut cuba mengelak dilanggar sebuah kereta pacuan empat roda dari arah bertentangan dan kemudian terbabas.

Menurut Langit, semua penumpang meneruskan perjalanan mereka menggunakan sebuah bas dari Bintulu.

“Pada jam 3.30 petang (semalam), saya menerima panggilan daripada seorang bapa penumpang yang mendakwa anaknya mengalami pening kepala dan memerlukan rawatan,” katanya.

Langit meminta mangsa mendapat rawatan di klinik terdekat dan menuntut bayaran balik dengan mengemukakan resit klinik. -utusan borneo


Blog, Updated at: Monday, June 16, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG