Lazada Malaysia

Peragut Berputih Mata

KUCHING: Sekumpulan peragut berputih mata apa­bila hanya berjaya melarikan dompet yang mengandungi dokumen pengenalan diri serta kad bank milik seorang guru wanita di hadapan sebuah bank di Padungan, malam kelmarin.
gambar hiasan

Difahamkan, insiden ber­laku apabila mangsa yang baharu selesai berurusan menggunakan mesin di bank berkenaan dalam perjalanan menuju ke keretanya sekitar jam 10 malam.

Menurut sumber, se­kumpulan lelaki menggu­nakan sebuah kereta dika­takan berhenti di tepi mangsa sebelum seorang daripada mereka meragut beg tangan mangsa yang berusia sekitar 50-an itu.

“Suspek bagaimanapun hanya mengambil dompet yang ada di dalam beg tan­gan mangsa itu sebelum mencampakkan beg tangan tersebut dan terus melarikan diri dari tempat kejadian,” kata sumber.

Mangsa yang turut menga­lami kecederaan bagaimana­pun gembira kerana suspek tidak melarikan beg tangan­nya kerana ia adalah antara koleksi beg tangannya yang paling digemari.

“Selain itu, hanya dokumen peribadi seperti kad pengena­lan dan kad bank sahaja yang ada di dalam dompet yang di­larikan suspek kerana tujuan mangsa ke bank berkenaan hanyalah untuk menyemak baki akaun,” kata sumber.

Mangsa ditemani anaknya itu kemudian hadir membuat laporan polis berhubung kejadian di Balai Polis Sim­pang Tiga sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan. -utusan borneo


Blog, Updated at: Wednesday, June 18, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG