Lazada Malaysia

Nenek Terkejut Disaman

Newark, England: Seorang nenek terkejut disaman polis hanya kerana memaparkan tiket tempat letak kereta dalam keadaan terbalik.

Janet Gasson, 67, meletak keretanya di lot dibenarkan untuk melihat cucunya berlatih menjelang pertunjukan kanak-kanak di sebuah dewan di itu.


Apabila kembali ke keretanya 15 minit kemudian, Janet mendapati dia disaman £50 (RM260) walaupun tempoh masa dibenarkan belum tamat. Dia kemudian mendapatkan pegawai penguat kuasa yang menyamannya untuk bertanya mengapa dia disaman.

Kata Janet, dia diberitahu pegawai terbabit, kesalahannya adalah memaparkan tiket pakir secara terbalik.


“Jika saya tidak mengejarnya, saya mungkin masih bingung mengapa saya disaman,” katanya.


Kata Janet, dia meletakkan tiket di atas papan pemuka seperti biasa, tetapi hairan bagaimana pegawai terbabit mendakwa dia tidak boleh membacanya.  -Mymetro


Blog, Updated at: Saturday, August 16, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG