Lazada Malaysia

Unik | Arnab Berbulu Tebal

 SIAPA sangka di sebalik bulu lembut yang besar dan tebal itu sebenarnya adalah seekor arnab daripada baka Angora Inggeris yang memiliki bulu sepanjang lebih 25 sentimeter (sm).

Justeru, bagi berkongsi keunikan arnab itu, ia kini dibawa ke seluruh Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada pertunjukan Persatuan Angora California Utara.

Pemiliknya, Betty Chu berkata, tugas menyediakan haiwan peliharaannya itu untuk menghadiri pertunjukan adalah sesuatu yang sukar selain memerlukan ketelitian yang tinggi.
“Saya menggunakan gunting untuk memotong bulunya supaya ia kelihatan sentiasa kemas dan bersih. Selain itu saya juga guna berus khas dan alat pengering rambut agar bulu Ida kelihatan lebih cantik,” katanya dipetik Daily Mail

Walaupun luaran Ida kelihatan besar dan berat kerana diselubungi bulu tebal, namun sebenarnya ia hanya seberat kira-kira 3 kilogram sahaja.

Menurut Chu, bulu Ida tumbuh kembali kira-kira 2.6 sm sebulan dan ketebalan bulu yang dimiliki arnab tersebut mungkin menjadikannya arnab dengan bulu paling panjang dan lembut di dunia. -Sinar Harian


Blog, Updated at: Tuesday, August 12, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG