Lazada Malaysia

81 Lelaki Ditahan Sepanjang Perintah Berkurung Di Esszone

KOTA KINABALU, 12 Ogos (Bernama) -- Pasukan keselamatan menahan 81 lelaki sepanjang perintah berkurung dikuatkuasakan di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) sejak 19 Julai lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata lelaki terbabit dipercayai nelayan ditahan di perairan semasa perintah berkurung dikuatkuasakan dari pukul 6 petang hingga 6 pagi.

"Penahanan terbaharu dilakukan pada 7 Ogos lepas di perairan Sandakan melibatkan 22 lelaki tempatan kerana melanggar arahan perintah berkurung di bawah Seksyen 31 (2) Akta Polis 1967," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Beliau berkata pasukan keselamatan turut merampas 17 buah bot, sebuah bot pam, dua surat pejabat anak negeri dan sebuah enjin bot pam sepanjang perintah berkurung itu.

Dalam perkembangan lain, Jalaluddin berkata statistik Ops Selamat sempena perayaan Aidilfitri, yang bermula 21 Julai hingga 5 Ogos lepas, tidak memuaskan.

Menurutnya, kadar kemalangan maut meningkat tujuh kes kepada 19 kes berbanding 12 pada tahun lepas.

Katanya, daerah Tawau mencatatkan kes kemalangan maut tertinggi iaitu empat kes diikuti Kota Kinabalu, Labuan, Papar, Penampang, Ranau dan Beluran dengan masing-masing dua kes.

Jalaluddin bagaimanapun berpuas hati dengan rekod jenayah rumah dalam tempoh tersebut yang menunjukkan penurunan iaitu 17 kes berbanding 71 tahun lepas. -Bernama


Blog, Updated at: Tuesday, August 12, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG