ATLET Malaysia nampaknya kini menjadikan Indonesia sebagai destinasi pilihan untuk menimba pengalaman.
Ia bermula dengan pemain bola sepak negara, Mohd. Safee Mohd. Sali yang membuat keputusan beraksi dengan kelab Pelita Jaya dalam Liga Super Indonesia (ISL).
Kini, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pula berbuat demikian.
Alasan mereka sama iaitu mencari suasana baru yang lebih kompetitif.
Chong Wei dilaporkan akan beraksi dalam saingan Liga Super Badminton Indonesia di Surabaya yang bermula 20 hingga 26 Februari.
Keputusan yang diambilnya itu tidak salah dan ia telah disahkan oleh jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek.
Menurut Rashid, memang Chong Wei ada menyatakan hasrat untuk beraksi dalam saingan tersebut sebagai persiapan menghadapi Seluruh England pada Mac depan.
“Chong Wei merasakan di Malaysia saingannya tidak cukup kompetitif dan sebab itu dia mahu beraksi di Indonesia sebagai persiapan menghadapi Seluruh England.
“Lagipun di sini (Malaysia) tidak ada mana-mana pemain yang dapat menandingi Chong Wei. Jadi, tidak salah rasanya Chong Wei menyertai kejohanan di Indonesia itu,” kata Rashid kepada Kosmo! semalam.
Difahamkan, Chong Wei, 29, akan beraksi dengan kelab SGS PLN Bandung. Dia akan bergandingan dengan rakan baiknya, Taufik Hidayat yang merupakan pemain perseorangan utama Indonesia
Bagaimanapun, pemain No. 1 dunia itu hanya akan beraksi selama dua hari dalam saingan Liga Indonesia memandangkan dia bakal menyertai Sirkit Grand Prix (GP) Kebangsaan Akhir 2010 di Terengganu yang bermula pada 18 hingga 21 Februari ini.
Sementara itu, Rashid menuntut pemain-pemain skuad elit negara seperti Tan Chun Seang, Chan Kwong Beng dan Chow Wei Feng mempamerkan aksi terbaik mereka sepanjang berlangsungnya GP Akhir di Terengganu itu.
“Memang sukar buat pemain-pemain ini untuk muncul juara pada kejohanan tersebut memandangkan Chong Wei turut beraksi, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan mengapa mereka tidak boleh turun dengan prestasi terbaik masing-masing.
“Jika tewas sekalipun, janganlah tewas ditangan pemain-pemain lebih rendah tarafnya daripada mereka. Jika itu juga yang berlaku, saya tidak teragak-agak untuk memberikan amaran kepada mereka dan tempoh setahun diberikan untuk kesemua pemain terbabit membuktikan kemampuan masing-masing,” jelas Rashid.
Sebelum ini, Rashid pernah menyuarakan kekecewaannya terhadap prestasi yang dipamerkan Kwong Beng, Liew Darren dan Wei Feng selepas mereka gagal melayakkan diri ke pusingan pertama Terbuka Malaysia 2011 bulan lalu.
Biarpun telah mendapat pendedahan yang secukupnya di pentas antarabangsa, ketiga-tiga pemain itu terkandas pada aksi pusingan kelayakan.
sumber dari Kosmo
MENARIK: PERHATIKAN APA YANG PELIK
4 years ago
mungkin masalah dalaman BAM yang membuat Chon Wei nak tukar haluan ke indonesia.
ReplyDeleteDulu roslin pun main kat indonesia.setahu gua,siapa saja boleh jadi wakil kelab bulutangkis pemain asing atau tempatan.macam kelab bolasepak.kenapa kat sini takda?kerana kelab bulutangkis profesional cuma ada berapa kerat je nusa mahsuri dan raket kl.
ReplyDeleteg la kat china ke
ReplyDelete