Lazada Malaysia

Rasuah : Lelaki sogok polis RM50 dipenjara

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dihukum penjara satu hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menyogok seorang anggota polis RM50, Isnin lalu.
Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz membuat keputusan itu terhadap Mohd Yasin Fauzi, 38, selepas mendengar pengakuan bersalah dan rayuan dikemukakan tertuduh.

Mahkamah juga memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.
Mohd Yasin didakwa memberi suapan RM50 kepada Mat Zainuddin Mad Noor yang bertugas sebagai Koperal Polis di Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing.

Dia didakwa berbuat demikian bagi mempengaruhi Mat Zainuddin supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana memandu kereta bernombor pendaftaran JCJ9538 dengan lampu brek kirinya tidak berfungsi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Kilometer 45, Jalan Kota Tinggi, kira-kira jam 3.40 petang, Isnin lalu.
Mohd Yasin didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
 sumber myMetro


Blog, Updated at: Sunday, February 27, 2011

1 comments:

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG