KEMAMANSepasang suami isteri dan anak tunggal mereka terbunuh dalam satu kemalangan malam tadi di km 127 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan Resort Awana Kijal di sini selepas membeli baju raya di Kuantan.
Mereka yang terbunuh dikenali Nik Herna Mokhtar, 28, suaminya Mohd Aswari Ariffin, 36 dan anak tunggal mereka, Muhammad Airell Zulfairy, 4 tahun.
Nik Nor Syafiqah, 10, adik Nik Herna dan pemandu sebuah lagi kereta, Ahmad Tajuddin Mohd Ariffin, 30-an, cedera parah.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Abdullah Sani Salat berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva yang dipandu Mohd Aswari terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu Ahmad Tajuddin.
"Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuantan ke rumah mereka di Kampung Gong Cengal, Kemasik. Kereta mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik sebelum berpusing dan bertembung dengan sebuah kereta lain," katanya.
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.