KOTA KINABALU, 18 Ogos (Bernama) -- Seorang wanita disimbah dipercayai asid oleh seorang lelaki di sebuah pasar raya dekat sini Khamis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, DSP Peter Umbuas berkata wanita itu sedang keluar dari keretanya apabila lelaki terbabit menyimbah cecair berkenaan.
Katanya kejadian berlaku di depan pasar raya di Taman Khidmat, Kolombong dekat sini kira-kira pukul 2 petang.
Ling Siew Teen, 22, cedera di mata dan turut melecur di pipi, bibir dan dagu.
Umbuas berkata siasatan sedang dijalankan dan belum ada tahanan dibuat.
-- BERNAMA

0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.