KUCHING: Sudah lima hari anak perempuan bongsunya tidak kembali ke rumah tanpa diketahui ke manakah perginya dan apakah punca dia menghilangkan diri.
Risau dan tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan, Nyawos Jihem, ibu kepada Marcela Peter, 15, akhirnya meminta untuk diadakan hebahan media mengenai kehilangan anaknya itu.
Laporan polis telah dibuat pada Sabtu, 10 Mei lepas, hari yang sama di mana anaknya tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Hilir di sini.
Bapanya, Peter Gatey yang ditemui di kediamannya di Taman Malihah pada Selasa lepas memberitahu, mereka sudah puas bertanya kepada rakan-rakan anaknya ke mana anaknya menghilang.
Namun, menurut Peter yang bertugas sebagai polis di Cawangan Komunikasi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, tiada antara mereka yang melihat kelibat anaknya selepas tamat sesi kelas tambahan pada hari tersebut.
Berita penuh di Sini
MENARIK: PERHATIKAN APA YANG PELIK
4 years ago
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.